Asuh

Najis Keluar Biji Kuning & Merengek Malam, Ini Tanda Bayi Beralih Bulan!

23
SHARES
TANDA BAYI BERALIH BULAN

Perasan tak, kadangkala si kecil akan menunjukkan perbezaan karakter berbanding biasa? Ini sebenarnya adalah tanda bayi beralih bulan atau ingin meningkat usia.

Dalam fasa ini, pelbagai tanda boleh ditunjukkan dan ia sudah tentunya akan merisaukan ibu ayah. Jadi, bagi mengelakkan anda gusar hati, ambil tahu 5 tanda bayi beralih bulan seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Baca Doa Ini Bila Anak Kuat Menangis & Suka Tantrum Tak Kena Masa

5 TANDA BAYI BERALIH BULAN, IBU AYAH AMBIL TAHU

TANDA BAYI BERALIH BULAN

1. Kuat meragam & merengek

Sekiranya ibu mendapati si manja kerap meragam dan merengek berbanding biasa, itu merupakan salah satu tanda bayi sedang mengalami peralihan bulan.

Jangan risau kerana anda hanya perlu menenangkannya agar bayi rasa lebih selamat dan selasa.

2. Najis jadi biji-biji kuning

Tanda bayi beralih bulan yang seterusnya adalah najis si kecil menjadi biji-biji kuning. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan si ibu bimbang kerana ia dikategorikan sebagai ciri-ciri najis tidak normal.

Walau bagaimanapun, jika simptom-simptomnya berterusan, atau berat badan bayi tidak meningkat dengan sewajarnya, segera dapatkan nasihat pakar berkaitan.

3. Anak kuat menyusu & tak tidur malam

Seterusnya, anak kuat menyusu dan tidak tidur malam merupakan salah satu tanda bayi beralih bulan. Ini merupakan situasi biasa dan ibu hanya perlu memastikan si manja selasa.

4. Demam dan tak sihat

Semasa fasa peralihan bulan, bayi akan mula demam dan tidak sihat. Jika teruk, bawa ke klinik untuk mendapatkan ubat dan rawatan daripada pakar.

5. Rutin tidur bertukar

Tanda bayi beralih bulan yang terakhir adalah rutin tidur mula bertukar. Ini bermakna si kecil akan tidur sekejap sahaja berbanding sebelum ini.

Jadi, sekiranya 5 tanda di atas ada berlaku, ini bermakna bayi anda sedang mengalami peralihan bulan. Jangan terlalu khuatir sehingga menggangu kesihatan diri sendiri ya.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana!

Baca juga: Kuantiti Minum Air Masak Yang Sesuai Dengan Umur Anak, Jangan Terlebih!

Sumber: Facebook Guzel Baby

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×