Rakyat

Takwim Persekolahan Sesi 2023 Kekal Bermula Bulan Mac

4
SHARES

Takwim persekolahan sesi 2023 yang bermula Mac kekal selepas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengambil kira banyak faktor dan melakukan perbincangan yang mendalam.

Jelasnya, antara faktor diambil kira adalah risiko tinggi berlakunya banjir pada Disember yang dikhuatiri menyukarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di sebelah Pantai Timur membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Baca juga: Graduan Kelas Pertama Tak Perlu Bayar Balik Pinjaman PTPTN

TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023 KEKAL BERMULA BULAN MAC

Pada mulanya takwim asal dibuat hujung tahun namun untuk negeri di Pantai Timur, berlaku monsun timur laut dan kemungkinan berlaku banjir agak tinggi.

“Kita lihat cabaran paling besar dihadapi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk menguruskan calon SPM waktu banjir malah ia lebih sukar berbanding ketika COVID-19. Apabila calon datang lewat maka ia akan menimbulkan perkara teknikal dan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan.

“Satu lagi sebab (kekalkan takwim) adalah kita mahu pastikan tempoh masa anak (calon SPM) tamat SPM tidak terlalu jauh dengan tempoh masa mereka menyambung pengajian supaya momentum untuk belajar masih ada,” jelasnya.

Tambahnya juga, penelitian menyeluruh perlu dilakukan sekiranya takwim sesi persekolahan kembali seperti dulu iaitu pada Januari.

“Apabila kita sudah bergerak ke hadapan, nak ke belakang balik menyukarkan semua pihak. Perlu analisis terperinci apakah yang terbaik untuk anak-anak kita,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×