Tular di media sosial apabila seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab pengasuh anaknya di sebuah pusat jagaan.
Menerusi perkongsian itu, ibu dikenali Lidiya Izam, memuat naik gambar muka anaknya yang penuh dengan kesan cakar akibat pergaduhan berlaku di pusat jagaan itu.
Baca juga: [VIDEO] Padah Salah Posisi Menyusu Bayi, Anak Tersedak Sampai Keluar Susu Dari Telinga
IBU KESAL WAJAK ANAK DICAKAR, CIKGU KELUAR BUAT SUSU
Kejadian berlaku 2- 3 bulan yang lepas. Kesal sangat sangat bila bagi amanah pada taska yang berdaftar yang mempunyai nama & juga established.
Sikap kecuaian pihak taska yang bagi saya tak boleh diterima pakai. Based on conversation via whatsapp pada awalnya, ‘kononnya’ cikgu ‘tak sempat’ meleraikan kanak kanak yang mencakar aqasha, tapi hakikatnya bila tengok CCTV, lain pulak jadinya.
Kata ‘principal’ taska tersebut, cikgu keluar buat susu & cikgu lain pergi solat. Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi kena lah dgn situasinya.
Jadi dekat situ rasa macam dimanipulasi, sebab based on whatsapp cikgu tengah bagi kanak kanak lain minum susu jadi saya expect cikgu ada depan aqasha, rupanya satu cikgu pun tak ada dalam bilik.
Selepas kejadian, satu call pun saya tak dapat dari pihak taska untuk jumpa berbincang dgn saya walhal saya yang terhegeh hegeh whatsapp tanya keadaan.. Patutnya saya yang emosi tapi aihh principal tu pulak yang emosi plus rude pula.
Pengajaran buat saya & juga parents dekat luar sana. Check background even berdaftar sekalipun, interview macam macam sebelum register anak.
Macam macam dah dengar news pasal pengasuh puaka tapi last last kena dekat anak sendiri atas sebab kecuaian. Kalau lama lagi ditinggal dalam satu bilik tu, nauzubillah. Mohon untuk jangan salahkan & kecam anak kecil yang mencakar tu ya, dia masih kecil & tak tahu apa apa.
Sumber: Facebook Lidiya Izam