Famili

[VIDEO] Padah Salah Posisi Menyusu Bayi, Anak Tersedak Sampai Keluar Susu Dari Telinga

44
SHARES

Impian setiap pasangan berkahwin pasti mahu dikurniakan cahaya mata dan momen menjadi seorang ibu merupakan perkara yang paling bermakna serta tidak dapat dilupakan.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu perkara mudah dan memerlukan pengetahuan mendalam agar semuanya berjalan dengan lancar dan tidak menganggu tumbesaran si kecil.

Baca juga: Tak Nak Bagi Anak Lari, Ibu Kurung Anak Dalam Kandang Troli

PADAH SALAH POSISI MENYUSU BAYI, ANAK TERSEDAK

Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu di laman TikTok menceritakan pengalaman pahit yang terjadi kepada anaknya. Dia menjelaskan bayi tersebut dijangkiti kuman akibat tersedak susu.

Ketika pertama kali berlaku, si kecil itu mengalami demam panas sehingga keluar lendir di bahagian telinga seakan-akan hingus. Si ibu bergegas ke hospital untuk rawatan lanjut dan doktor mengesahkan anak wanita itu berkemungkinan tersedak susu dan mengalir melalui telinga.

@jennyferonica21

MAAFIN BUNDA YA NAK 😭😭😭 #infeksitelinga #fypage #masukfyp #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral

♬ TAK INGIN USAI SADVIBES VERSION – sadvibes🥀

Menerusi penjelesan doktor, kepala bayi sewaktu menyusu perlu lebih tinggi dari badan agar dapat ditelan dengan betul dan tidak menjejaskan kesihatan bayi.

“MOGA CEPAT SEMBUH…”

Video tersebut menerima 1,200,000 tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang turut mendoakan agar kesihatan bayi itu kembali sembuh.

Mereka juga mengucupkan terima kasih atas perkongsian tersebut kerana sedikit sebanyak memberi manfaat dan merupakan ilmu baharu buat yang tidak mengetahuinya.

Sumber: Facebook Javas Momy’s

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×