Kini Trending

Tahniah! Media Prima Terima Anugerah ‘Media Digital Terbaik’ Oleh Huawei

20
SHARES

Kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, Media Prima Berhad (Media Prima) terus mendapat pengiktirafan apabila menerima anugerah ‘Media Digital Terbaik’ sempena Hari Pemaju Huawei anjuran Huawei Malaysia, pada 15 November lalu.

Baca juga: Tahniah! Media Prima Raih 55 Pencalonan Dalam Anugerah Seri Angkasa 2022

MEDIA PRIMA MENGATASI BEBERAPA SYARIKAT MEDIA DI ASIA TENGGARA MELALUI PENGIKTIRAFAN INI

Hari Pemaju Huawei diadakan di Kuala Lumpur yang bertemakan ‘Better Together’, dengan tujuan untuk mempamerkan evolusi ekosistem Perkhidmatan Mudah Alih Huawei. Selain, memberikan penghormatan kepada ahli rakan kongsinya yang telah membantu pertumbuhannya dengan 16 anugerah yang disampaikan, merentasi pelbagai kategori.

Media Prima telah diiktiraf sebagai ‘Media Digital Terbaik’, mengatasi beberapa syarikat media di Asia Tenggara. Anugerah ini telah diterima oleh Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima di acara tersebut pada Selasa lalu.

KOLABORASI DUA NAMA BESAR YANG TERJALIN SEJAK TAHUN 2019

Gambar: Harian Metro – NSTP.

Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Peranti Huawei, wilayah Asia-Pasifik, Rei Xiao berkata pada malam anugerah, Peranti Servis Huawei Asia-Pasifik telah menyampaikan Media Prima dengan anugerah Media Digital Terbaik tahun 2022.

“Media Prima mempunyai kolaborasi bersama Huawei yang luas sejak 2019, termasuk ‘Petal Search’, ‘HUAWEI Ads’ dan ‘News Feed’, dan mereka telah melancarkan lebih dari 10 aplikasi di ‘AppGallery’.

“Kami amat menghargai sokongan mereka, dan kami berharap untuk berkolaborasi di masa akan datang untuk mencapai kejayaan bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

MEDIA PRIMA MENANTIKAN LEBIH BANYAK KOLABORASI BERSAMA HUAWEI

Sementara itu, Rafiq Razali pula menyatakan, dari pihak Media Prima yang begitu teruja menerima pengiktirafan sebagai Media Digital Terbaik daripada sebuah syarikat teknologi gergasi global ini.

“Kami amat menghargai hubungan bersama Huawei, di mana kami telah memulakan beberapa inisiatif kolaborasi yang menarik selama bertahun-tahun. Dari rakan kongsi kepakaran dalam teknologi, anugerah filem, permainan digital dalam talian serta kandungan kami di platform mereka.

“Kami amat berpuas hati untuk menjadikan Huawei sebagai rakan kongsi kami, kerana Huawei merupakan salah satu syarikat teknologi yang tersohor di dunia dan Media Prima sebagai kumpulan media terbesar di Malaysia. Kami menantikan lebih banyak kolaborasi bersama Huawei dalam lebih banyak bidang di masa akan datang,” ujarnya.

Ini adalah anugerah kedua Media Prima dalam kategori digital pada tahun ini.

Pada Mei 2022, REV Media Group yang merupakan subsidiari digital Media Prima, telah dianugerahkan sebagai Penerbit Digital Terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut di ‘Malaysian Digital Association d Awards 2022’.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×