Famili

Tahniah! Media Prima Raih 55 Pencalonan Dalam Anugerah Seri Angkasa 2022

6
SHARES

Acara berprestij Anugerah Seri Angkasa (ASA 2022) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) kini kembali mewarnai industri hiburan tempatan.

Ekoran itu, Rangkaian Televisyen Media Prima telah mendapat 55 pencalonan menerusi 28 kategori anugerah dan ini termasuk lima kategori anugerah digital yang baru diperkenalkan selari dengan peredaran zaman digital.

Baca juga: Jom Tengok Gelagat 13 Pasangan Selebriti Riuh Di Dapur ‘Masak Apa Tu?’

RANGKAIAN TELEVISYEN MEDIA PRIMA MERAIH 55 PENCALONAN MENERUSI 28 KATEGORI 

Antara anugerah yang tercalon adalah Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Dokumentari TV Terbaik, Majalah TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi YouTube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik.

DRAMA “PENCIPTA PEGANG WAKTU” PEROLEH 7 PENCALONAN

Drama “Pencipta Pegang Waktu” telah mendapat pencalonan terbanyak dengan tujuh pencalonan.

Ia tercalon dalam kategori Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik.

SAKSIKAN SECARA LANGSUNG ASA 2022 DI TV2 PADA 29 & 30 OKTOBER

ASA 2022 akan disiarkan secara langsung selama dua hari bersama pengacara berpengalaman Awal Ashaari dan Jeed Zulkefli pada 29 Oktober. Manakala, malam anugerah ASA 2022 pada 30 Oktober akan menampilkan Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xaviera untuk menceriakan suasana majlis.

Nantikan pengumuman kemenangan Anugerah Seri Angkasa 2022 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Oktober (9.00 malam) dan 30 Oktober (8.00 malam) ini.

Saksikan juga secara maya di Facebook Live Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Jangan lupa untuk menggunakan tanda pagar #seriangkasa2022 bagi menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

SENARAI KATEGORI ANUGERAH SERI ANGKASA 2022

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×