Dapur

Jom Tengok Gelagat 13 Pasangan Selebriti Riuh Di Dapur ‘Masak Apa Tu?’

3
SHARES

Program masakan popular kesukaan ramai kini kembali untuk menemani hari minggu anda di saluran TV3 iaitu Masak Apa Tu?.

Masak Apa Tu? merupakan sebuah rancangan yang menunjukkan skil masakan para selebriti jemputan. Selain itu, mereka juga akan akan diuji minda dan fizikal menerusi beberapa permainan yang menyeronokkan.

Baca juga: Jom Menang Sebahagian Daripada RM10,000, Kena Selesaikan Misteri Lagu “Di” Hot FM!

‘MASAK APA TU?’ BERSAMA PASANGAN SELEBRITI TANAH AIR

Program ini telah pun menemui penonton TV3 bermula 29 Ogos lalu yang bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 11.30 pagi.

Ia menampilkan 13 pasangan selebriti menunjukkan skil menyediakan masakan kegemaran mereka yang akan dinilai oleh juri jemputan pada setiap episod.

Antara selebriti-selebriti bersama pasangan mereka yang bakal memeriahkan program ini ialah Ropie (Pak Kodi), Aepul Roza & Leez, Lan Solo, Kaka Azraff, Zaim, Shahrul Kamal, Azzam Sham, Riz Amin, Aprena Manrose, Zalif Sidek, Akhmal Nazri, Fiza Thomas dan Aizat Amdan.

Adakah pasangan selebriti ini betul-betul mengenali pasangan masing-masing menerusi sesi soal jawab? Pastikan anda menonton Masak Apa Tu? yang akan diadili oleh Cef Brian dan Bell Ngasri.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×