Hebahan

Syarikat Awam Jepun S.T. Corporation Membawakan Clear Forest dari Hokkaido ke Ruang Mobil Malaysia

5
SHARES

Pilih 11street sebagai media digital eksklusif di Malaysia untuk mengembangkan pasaran e-dagang

Aroma hutan tulen dari Hokkaido, Jepun hari ini telah sampai ke ruang Malaysia dengan pelancaran Clear Forest, pembersih udara yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh S.T. Corporation, sebuah syarikat awam dari Jepun.

“S.T. Corporation mahu menjadi syarikat pertama di Malaysia membawa aroma tulen dan udara Clear Forest ke dalam ruang mobil rakyat Malaysia. Kami melihat Malaysia sebagai pasaran berpotensi untuk Clear Forest kerana semakin ramai rakyat Malaysia menyedari kaitan antara risiko kesihatan dan udara,” kata En. Sorin Okudaira, Pengurus Besar, Clear Forest, S.T. Corporation Jepun.

picture-3

Memetik kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan 2016, En. Sorin Okudaira berkata Malaysia mempunyai 18.8 juta kenderaan berdaftar yang masih aktif, yang melibatkan 14 juta pemandu. Negara ini juga menduduki tempat ketiga tertinggi di dunia dalam carta pemilikan kereta sehingga 93 peratus mengikut Global Survey Nielsen of Automotive Demand.

Bilangan kenderaan yang tinggi di jalan raya semestinya akan meningkatkan kadar pencemaran udara ke tahap yang lebih membimbangkan. Tambahan pula dengan pembakaran terbuka hutan di Indonesia yang menyebabkan masalah jerebu setiap tahun di Malaysia. Kali terakhir ialah pada bulan October tahun lepas apabila Indeks Pencemaran Udara mencecah bacaan paras berbahaya iaitu 308 di beberapa bandar di Malaysia dan lebih 1,909,842 pelajar dari 3,029 sekolah-sekolah di Malaysia telah terjejas.

Menurut laporan UNICEF pada Oktober 2016, berdasarkan statistik 300 juta orang, satu dalam tujuh kanak-kanak di dunia bernafas udara yang berkualiti sangat rendah. Pencemaran udara menyebabkan hampir satu daripada setiap sepuluh kematian kanak-kanak dibawah umur lima tahun berkaitan dengan pencemaran luaran dan dalaman yang menyebabkan radang paru-paru dan masalah pernafasan yang lain, menjadikan pencemaran udara satu risiko tinggi kepada kesihatan kanak-kanak, tambah En. Sorin Okudaira.

Malah, kajian dalam Journal Environmental Research Letters 2016 oleh penyelidik Harvard dan Columbia menganggarkan jumlah zarah halus yang membahayakan kesihatan ataupun lebih dikenali sebagai PM2.5, yang terhasil daripada kebakaran dari Julai hingga Oktober tahun lalu di Asia Tenggara boleh menyebabkan 100,000 kematian.

“Dikenali sebagai pembunuh senyap, pencemaran udara juga boleh membawa kepada banyak risiko kesihatan yang lain, termasuk 36% kanser paru-paru, 35% penyakit paru-paru, 34% strok dan penyakit jantung 27%,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Clear Forest hari ini.

picture-6

Satu tanggungjawab sosial untuk membersihkan udara dengan Clear Forest

Dalam satu Kaji Selidik Perlindungan Alam Sekitar Perbelanjaan 2015, Jabatan Perangkaan mendakwa usaha pencegahan pencemaran udara mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu RM763.5 juta di Malaysia. Sebanyak RM2.244 billion telah dibelanjakan bagi tujuan perlindungan alam sekitar pada tahun 2014.

“Walaupun Kerajaan Malaysia telah memainkan peranan mereka setiap tahun bagi tujuan mengelakkan kemudaratan alam sekitar, kami juga ingin menjalankan tugas kami dengan membawa masuk Clear Forest ke dalam pasaran untuk membantu membersihkan udara. Rakyat Malaysia, juga boleh memainkan peranan mereka dengan memupuk tabiat menggunakan produk mesra alam seperti Clear Forest,” kata En. Sorin Okudaira.

Clear Forest, tidak seperti pembersih udara lain di pasaran. Ia diperbuat daripada 100% ekstrak pokok fir yang mampu memberikan kesan pembersihan udara, penyah bau dan faedah antioksidan.

Kushiro, Hokkaido adalah salah satu daripada dua tempat unik di dunia yang mempunyai hutan pokok fir, di mana kajian dan pembangunan formulasi Clear Forest telah dijalankan.

Aroma hutan itu dibebaskan oleh dahan dan daun pokok fir, mengandungi β-phellandrene yang sebenarnya mampu melegakan ketegangan dan mengurangkan tekanan.

picture-4

“Clear Forest bukan sekadar penyah bau. Ia mempunyai keupayaan pembersihan udara yang boleh membantu dalam sistem pernafasan kita, mengimbangi cara kita bernafas dalam dan luar rumah atau semasa kita dalam perjalanan,” kata En Daisuke Okamura, Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan Antarabangsa S.T. Corporation yang bertanggungjawab ke atas pasaran Jepun, Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Kajian yang dijalankan oleh Insitut Perhutanan dan Penyelidikan Produk Hutan Jepun telah membuat kesimpulan bahawa hutan mempunyai banyak potensi tersembunyi yang tidak terbatas dan ia adalah harta yang tidak ternilai.

Aroma dari pokok fir sentiasa membersihkan udara dengan mengikat nitrogen oksida (NO2) dari udara yang tercemar untuk membentuk zarah yang lebih besar dan kemudian menjatuhkannya ke atas permukaan. Dalam erti kata lain, hutan pokok fir itu sendiri bertindak sebagai penapis dan pembersih udara yang tulen.

Sempena pelancaran itu, S.T. Corporation telah memilih 11street, salah satu platform media digital dalam talian yang terbesar di Malaysia, sebagai rakan kongsi untuk bekerjasama dalam inisiatif perniagaan e-dagang untuk memasarkan pembersih udara Clear Forest kepada pengguna dalam talian.

picture-1

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan S.T. Corporation, sebuah syarikat tersenarai awam dari Jepun untuk membawa jenamanya Clear Forest ke dalam pasaran kami. Dengan kerjasama eksklusif di Malaysia, kami bukan sahaja meluaskan rangkaian produk kami untuk pilihan pembeli Malaysia malah pada masa yang sama, kami membantu mereka menjaga kesihatan mereka. Dengan kebangkitan e-dagang di Malaysia, kerjasama kami dengan S.T. Corporation hari ini memaparkan satu lagi kejayaan kami, dan kami amat berbesar hati untuk menyokong strategi mereka ke dalam peruncitan saluran omni di Malaysia,” kongsi En. Bruce Lim, Naib Presiden Bahagian Barang Dagangan 11street.

Berkongsi sentimen yang sama, En. Sorin Okudaira berkata, “Kami percaya kami boleh mendapat pasaran yang luas untuk Clear Forest dalam pasaran pembersihan udara melalui usaha e-dagang kami dengan 11street. Kami gembira dapat bekerjasama dengan 11street dan memanfaatkan pengetahuan luas dan kepakaran mereka dalam e-dagang.”

picture-2

Menurut Franco Yee, Pengerusi Eksekutif, Perkhidmatan  Pemasaran GBU, pengedar untuk Clear Forest di Malaysia, pembersih udara Clear Forest boleh dibeli serta-merta secara eksklusif dalam talian di 11street (www.11street.my). Terdapat dua jenis pilihan: kegunaan rumah / penggunaan dalam kenderaan (36g) dengan harga runcit RM49 dan penggunaan dalam kenderaan (32g) pada RM39.

Untuk maklumat lanjut mengenai Clear Forest, layari http://clear-forest.st-c.co.jp/en/

picture-5

 

Tentang S.T. Corporation (www.st-c.co.jp/english)

S.T. CORPORATION ditubuhkan pada tahun 1948 merupakan sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Jepun. Ia bercita-cita untuk memperkayakan kehidupan orang ramai dengan menyediakan produk-produk inovatif untuk kehidupan seharian. Daripada aspirasi itu, syarikat ini telah terus memanfaatkan keupayaan pembangunan untuk mencipta produk baru. Sekarang, S.T. CORPORATION aktif di semua enam bidang perniagaan Penjagaan Udara (penyahbau dan penyegar udara), Penjagaan Kain (ejen mothproofing), Penjagaan Kelembapan (dehumidifiers), Penjagaan Tangan (sarung tangan), Penjagaan Thermal (pemanas pakai buang) dan Penjagaan Rumah (pembersih dan produk-produk lain). Syarikat itu akan terus meningkatkan kepuasan pelanggan dengan membangunkan produk nilai tambah yang lebih tinggi dan mengukuhkan aktiviti pemasaran yang unik. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.st-c.co.jp/english

 

Tentang 11street (www.11street.my)

11street adalah platform dalam talian yang dipercayai dan mudah, menawarkan pelbagai jenis produk pada harga yang kompetitif. Ia berusaha untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian pengguna hari ini dengan menjadikan ia lebih peribadi dan menarik. 11street mempunyai rangkaian pilihan kategori produk yang ditag pada Fesyen, Elektronik, Barangan runcit, Kesihatan & Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Riadah & Sukan, Isi Rumah, Buku & Servis termasuk tawaran perjanjian seperti E-baucar. 11street juga merupakan platform pemasaran yang mempunyai sistem, pendidikan dan program latihan  sepenuhnya yang menyokong penjual tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan pada Korea sejak 2008, 11street kini merupakan salah satu pembekal pasaran e-dagang global atas talian dengan 400,000 penjual, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pengguna di seluruh dunia. 11street juga mempunyai cawangan di Turki dan Indonesia, masing-masing dikenali sebagai N11 dan elevenia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my

 

Tentang GBU Marketing Services (www.gbumalaysia.com.my)

GBU Marketing Services telah ditubuhkan sejak 2015 dan merupakan Pembekal Pasaran  Perkhidmatan terkemuka di Malaysia. Ia membantu syarikat-syarikat yang sedang mencari rakan kongsi luar mengembangkan perniagaan mereka di pasaran baru atau sedia ada. Visi syarikat adalah untuk dikenali sebagai pembekal Perkembangan Pasaran Perkhidmatan yang terkemuka di Malaysia, dan juga memberi focus kepada pasaran Asia Tenggara. GBU Marketing Services mendorong strategi pertumbuhan untuk terus meningkatkan bahagian

pasarannya dan membolehkan pertumbuhan keuntungan yang mampan, kerana ia mampu membantu rakan perniagaan mengembangkan perniagaan mereka. GBU Marketing Services mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dengan memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi, menyeluruh, khusus, dan perkhidmatan bersepadu. Kepakaran syarikat termasuk memanfaatkan skala ekonomi, sinergi operasi dan meningkatkan kecemerlangan sistematik. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.gbumalaysia.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×