Rakyat

Surprise Untuk Mak Ayah Istimewa, Kisah Akak Delivery Undang Sebak Netizen

395
SHARES

Khidmat penghantaran hadiah merupakan antara khidmat yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai sekarang. Ianya kadang kala menjadi pilihan utama orang untuk membuat kejutan kepada orang tersayang. Pelanggan boleh sahaja memesan apa apa berdasarkan servis yang ditawarkan. Khidmat ini seringkali digunakan oleh mereka yang berada jauh dari orang tersayang.

Terbaru, perkongsian oleh salah seorang pengguna laman Facebook, Siti Sarah yang menjalankan servis delivery ini tersentuh apabila penerima perkhidmatan penghantaran itu adalah insan istimewa. Lebih tersentuh apabila membaca ucapan yang disediakan bersama hadiah tersebut.

Kejutan Bermakna Buat Ibu Bapa

Usahawan  delivery surprise ini berkongsi momen gembira dan sebak itu di laman Facebooknya semalam setelah selesai membuat delivery yang di minta oleh seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Lebih sebak lagi ibu bapa itu merupakan insan istimewa yang cacat penglihatan.

Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dkt sini. Delivery harini mengajar aku sesuatu, sesuatu yg susah kita nak jumpa dan kita sendiri terlepas pandang. Kita selalu nak kan yang perfect nak ibu bapa mcm ni mcmni tak dapat apa-apa kita bebai tapi kadang2 cuba kita fikir mereka yg tak mampu nak bagi. Mak abah yg tak dapat melihat masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar-getar dengan harapan makcik tu takdelah perasan .. yang paling aku nampak ialah walaupun mereka buta .. aku tengok dorang happy mcm kita jgak .. tak nampak sedih langsung .. dikurniakan pulak anak yg baik masyallah  bila aku baca dah lah memang aku panggil mak abah aku dengan panggilan mcmtu dan gelaran aku sendiri ialah kakak .. aku sendiri rasa nak berguling nangis dkt tar eh over lak kau
Mesti mak abah dia syg dkt anak igt kot bday anak dia  masyallah bertuahnya kamu
Thanks kepada yg order ni .. betul terkesan dihati saya 

Video berdurasi 2.17 itu telah mendapat lebih 50,000 views dan posting itu juga telah mendapat lebih 24,000 shares.

Dia juga turut sebak ketika membacakan ucapan anak buat pasangan itu yang begitu menyentuh perasaan. Kejutan yang menggembirakan kedua pasangan itu di tambah dengan rasa sebak apabila ucapan yang dibaca itu ternyata terkesan dan begitu menghargai ibu bapa itu. Walaupun pasangan itu tidak dikurniakan penglihatan yang sempurna, tetapi terserlah kegembiraan mereka apabila mendapat kejutan dari anak mereka itu.

Lebih mencuri tumpuan adalah ucapan balas pasangan itu buat anak mereka yang mendoakan kesejahteraan anak mereka didunia dan di akhirat.

Antara Komen Pengguna Facebook

Sumber : Siti Sarah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×