Hebahan

Sunway Lagoon Hadiahkan Kereta Kepada Pengunjung

6
SHARES

Hadiah Bersempena Pengenalan Ghostbusters Adventure Live!

Riang ria dan pencapaian jelas dilihat di wajah seseorang yang berusia 21 tahun yang telah berjaya memiliki sebuah kenderaan. Chan Chun Yong yang berusia 21 tahun telah memenanginya menerusi pertandingan Sunway Lagoon The Ghostbusters Adventure Live! dan telah memenangi sebuah Proton Iriz baru! Beliau semestinya tidak menyangkan yang kunjungan ke taman tema membolehkan beliau memperolehinya.

image-a

Peminat Ghostbusters ini telah membuktikan beliau layak memenangi hadiah utama di dalam pertandingan yang dianjur Sunway Lagoon bagi meraikan tarikan The Ghostbusters Adventure Live! yang terletak di Scream Park. Di antara 14 Julai dan 31 Oktober 2016, pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas di Sunway Lagoon layak untuk menyertai pertandingan tersebut.

Kereta tersebut yang berwarna hijau seolah-olah lendir yang sering dikaitkan dengan Ghostbusters, dipersembahkan kepada Chan oleh M Magendaran Marimuthu, Penolong Pengurus Besar Sunway Lagoon.

image-b

“Dengan adanya The Ghostbusters Adventure Live! ke Scream Park, ia benar-benar diterima peminat daripada Malaysia dan luar negara. Ia menambah nilai kepada pengalaman yang kami berikan kepada pengunjung Sunway Lagoon,” ujar M Magendaran Marimuthu.

Sunway Lagoon dibuka dari jam 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari dan berharga RM150 bagi mereka yang berumur 12 tahun ke atas, dan RM120 bagi yang berumur 12 tahun dan ke bawah.

image-c

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di talian +603-5639 000 atau layari www.sunwaylagoon.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×