Antara aktiviti kesukaan ramai ialah melihat pemandangan matahari terbenam. Betul tak? Tenang je rasa sambil menikmati keindahan langit berwarna oren dan ditemani bunyi burung.
Selain di pantai, anda juga boleh menikmati mataharu terbenam di puncak KLCC. Memang seronok dapat tengok sunset sambil menikmati kesibukan ibu kota. Harga tiket pun murah je. Rugi kalau tak cuba!
Baca juga: Pusing KL Naik KL Hop On Hop Off, Berbaloi 2 Jam Menikmati Keindahan Kuala Lumpur!
RUPANYA BOLEH TENGOK SUNSET DI PUNCAK KLCC
Malu duduk KL tapi tak pernah sampai sini. Selain naik jejantas tu, tau tak korang sebenarnya boleh tengok sunset dekat puncak KLCC! Jap apa yang bestnya?
Untuk tengok sunset ni korang akan rasa tenang sangat dengan vibe pemandangan dia, nak-nak pula dia limitkan cuma 10 orang je per sesi. Best wei, boleh buat surprise ala-ala kayangan kan.
Ibarat macam korang sewa satu KLCC juga lah, tak sesak. Masuk pun tak ada lah mahal. Sunset tu special sikit RM40, kalau ambil yang biasa, tiket dalam RM28 sahaja.
Ada yang pernah sampai? Untuk nak cuba tu korang pergi tengok kat sini : https://bit.ly/3liLcNF
Wah! Macam kena pergi esok je ni! Seronok ya tengok pemandangan matahari terbenam sambil dan kelipan lampu-lampu di Kuala Lumpur.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah