Bandar Kuala Lumpur merupakan tarikan utama buat mereka yang tinggal di luar dari negeri itu. Pelbagai tarikan menarik boleh dikunjungi dan dicuba untuk mengisi masa lapang.
Bagi mereka yang memilih untuk menikmati keindahan malam di Kuala Lumpur, apa kata anda mencuba bas KL Hop On Hop Off. Sambil pusing-pusing Kuala Lumpur dan menikmati suasana malam selama dua jam di atas bas. Menariknya! Jom cuba..
Baca juga: 10 Lokasi Di Lembah Klang Wajib Bawa Anak Hujung Minggu, Siap Ada Promo!
PUSING KL NAIK KL HOP ON HOP OFF, BERBALOI!
Kalau pergi Kuala Lupur dan tak tahu nak buat apa. Try naik bas KL Hop On Hop Off waktu malam. Pusing-pusing Kuala Lumpur sambil melihat keindahan cahaya malam di Kuala Lumpur.
Tiket beli kat sini:
Waktu trip: 8PM – 10PM
Tak payah nak drive. Hanya duduk & nikmati keindahan Kuala Lumpur! Berbaloi sangat sebab 2 jam tau trip ni
Harga Tiket:
– Malaysian
Dewasa- RM30
Kanak-Kanak- RM15
– Bukan Malaysian
Dewasa- RM50
Kanak-Kanak- RM25
Kalau nak ronda siang hari pun ada juga. Boleh check dekat bawah:
Boleh parking kereta di Sungei Wang Plaza. Selamat bercuti!
Sumber: Facebook Fatimah Hashim & Kl Hop On Hop Off