Perkara yang wajib dilakukan setiap hari selain makan sudah pastinya adalah mandi. Selepas sahaja bangun tidur, ingin keluar dan waktu petang, mandi merupakan aktiviti wajib supaya kita sentiasa wangi, segar dan bersih. Namun, berbeza juga dengan segelintir orang apabila mereka tidak suka mandi!
Baca juga: Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin
NAK CERAI ISTERI SEBAB TAK SUKA MANDI
Di New Delhi, India, seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh bertekad untuk menceraikan isterinya yang telah dikahwini selama dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita News18.
Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
Kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India yang mengendalikan masalah pasangan ini ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari. Memang serabut!
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
Kaunselor tersebut juga telah memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut namun hampa.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.
Sumber: News18.com