Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Lebih Rela OT Berbanding Balik Rumah Hadap Muka Isteri, “Duduk Pejabat Lagi Seronok”

suami malas balik rumah

Menerusi perkongsian di media sosial, ada luahan yang menyatakan bahawa para suami malas balik rumah dan lebih rela kerja lebih masa.

Hal ini kerana rata-rata beranggapan bahawa isteri merupakan satu ‘beban’ dan memeningkan kepala dengan perkara tidak penting.

Baca juga: Kalau Selalu Rasa Seram Sejuk Dalam Rumah Sendiri, Amalkan Ayat Batal Sihir Ini Untuk ‘Lawan’!

SUAMI MALAS BALIK RUMAH SEBAB TAK SANGGUP NAK HADAP ISTERI

SUAMI MALAS BALIK RUMAH

Antara sebab lain adalah rata-rata isteri zaman sekarang suka meminta sesuatu yang tidak realistik akibat terpengaruh dengan rakan wanita.

“Duduk pejabat sebab rumah ada isteri. Banyak kawan-kawan lagi sanggup duduk di pejabat sampai 9-10pm overtime sebab tak sanggup balik rumah berjumpa dengan isteri. Hampir semua cakap menyesal kahwin dengan pasangan yang silap. You guys ada kenalan macam ini?” luahnya.

Individu itu turut menyatakan beberapa sebab lain yang mengakibatkan dia terlalu tertekan apabila berada di rumah.

“Antara sebabnya, permintaan (isteri) tak munasabah, diabaikan oleh isteri dan keluarga mentua sebab beli rumah RM1 atau RM2 juta dengan gaji RM6,000. Kes lain pula sebab perbandingan berterusan dan dipandang rendah kerana isteri tengok media sosial rakan-rakan wanita,” jelasnya.

Hantaran itu pastinya dibanjiri komen warganet yang rata-rata tidak berpuas hati dengan luahan tersebut dan tindakan suami malas balik rumah.

Mereka berpendapat sebagai ketua keluarga, dia seharusnya berbincang dengan isteri perkara tersebut agar dapat diselesaikan dengan elok tanpa berlaku perkara sebegini.

“Saya dulu muda pun tak nak kahwin sebab benda ini tapi sekarang 37 dah kawin. Anak pun dah besar dah. Isteri pula jenis tak pernah tolak. Saya memang bernasib baik dapat isteri macam ini. Saya tak perlukan siapa untuk saya hidup, hanya untuk dia,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Ibu Kecewa Nama Anak Makin Ramai Yang Sama, Anggap Orang Luar Suka Meniru…

Sumber: Reddit

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×