Rakyat

Suami Hadiahkan Isteri Jambangan Wang Kertas Bernilai RM50,000, 17 Jam Nak Siapkan!

147
SHARES

Wanita mana yang tidak sukakan bunga bukan? Terutama sekali apabila jambangan bunga tersebut dihantar oleh orang yang tersayang. Namun, bukan semua jambangan bunga adalah bunga semata-mata kerana ada juga jambangan bunga yang boleh digubah bersama duit.

Viral di laman sosial media apabila seorang wanita menerima permintaan dari seorang suami untuk menyiapkan jambangan wang kertas bernilai RM50,000! Memang unik dan sangat mewah, perkongsian video menyiapkan tempahan jambangan ini memukau mata warganet.

GUBAH JAMBANGAN WANG KERTAS BERNILAI RM50,000!

Safiyah bersama jambangan wnag kertas yang digubahnya.

Demi kepuasan pelanggan, seorang ibu tunggal dua anak, Safiyah Alias sanggup menghabiskan masa hampir 17 jam untuk menyiapkan tempahan pelanggan iaitu menggubah jambangan wang kertas bernilai RM50,000. Meskipun berpengalaman, Safiyah, 30 mengakui gementar kerana tempahan itu membabitkan jumlah wang yang banyak.

Namun, kesungguhan Safiyah menyiapkan tempahan itu berbaloi apabila pelanggannya berpuas hati dan turut mendapat pujian segelintir netizen selepas dia berkongsi video hasil kerjanya di TikTok baru-baru ini.

Katanya, jambangan wang berjumlah RM50,000 itu adalah satu daripada tempahan dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan, Wan Baha Uddin Wan Jaafar, 56 sebagai membuat kejutan kepada isterinya, Ermy Shafilah Othman, 41 pada satu majlis di sebuah hotel di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

GUNA KHIDMAT PEMANDU LORI UNTUK HANTAR JAMBANGAN

Malah, Safiyah juga menggunakan khidmat pemandu lori yang dikenali untuk menghantar jambangan itu diiringinya dan rakan.

Jika sebelum ini, dia pernah menerima tempahan menggubah wang bernilai RM34,000 dan RM37,000, namun kini nilainya lebih besar. Jadi Safiyah sangat berhati-hati ketika menyiapkan tempahan itu dan menggunakan pita pelekat, bukan ‘stapler’ bagi mencantumkan setiap wang kertas berkenaan. Kaedah itu bagi memastikan wang tidak rosak dan hasilnya memuaskan serta tiada rungutan diterima daripada pelanggan setakat ini.

@ciksu_safiyaha-z jage 😁##byjemaricikyah♬ original sound – Rich Girlish

Berhubung video yang tular di laman sosial, Safiyah tidak menyangka perkongsiannya di TikTok akan meraih lebih 1.8 juta tontonan.

Sumber: Harian Metro, @ciksu_safiyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×