Famili

Isu Bayi Tercampak Dari Tempat Duduk, Ini Sebab Kenapa Penggunaan Car Seat Penting!

49
SHARES

Car seat merupakan barang yang paling penting untuk ibubapa ada sebelum memulakan perjalanan bersama anak yang masih kecil. Masih ramai lagi dalam kalangan ibubapa yang tidak sedar dengan kepenntingan penggunaan car seat di dalam kereta dan membiarkan anak-anak duduk tidak diam semasa ibubapa sedang memandu. Bahaya sebenarnya kalau anda tak peka dengan keselamatan di dalam kereta ni. Kalau tak mahu perkara buruk terjadi, jadi anda kena baca perkongsian pengalaman ini dan jadikan ia sebagai panduan.

www.facebook.com/fatihah.sallehuddin

PENGALAMAN KEMALANGAN…

Kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan masa nak balik rumah dari Batu Pahat dekat highway pasir gudang. Ni masa habis cuti raya haritu.

Accident melibatkan tiga buah kereta. Kereta kami yang last. Langgar viva. Impak seperti dalam gambar. Masa tu husband memang tak drive laju pun tapi kesan dia teruk jugak.

www.facebook.com/fatihah.sallehuddin

Alhamdulillah tak ada siapa cedera. Cuma Faqih tercampak ke bawah sebab dia tidur atas seat kereta. Ralatnya rasa tak bawak car seat Faqih due to kotor sebab aiskrim terjatuh dan tak sempat cuci. Lepas je impak tu,terus angkat Faqih and check dia. Syifa memang dalam seat dia. Dan tengok apa jadi dekat Syifa.

www.facebook.com/fatihah.sallehuddin

KEPENTINGAN CAR SEAT

* Pertama, pastikan anak-anak anda duduk di car seat yang sesuai. Tak semestinya kena beli yang mahal.

www.thespruce.com

* Kedua, SEAT BELT tu wajib dipakai. Duduk kat car seat tapi tak pakai belt pun tak guna. Mak bapak pun kena pakai seat belt jugak!

* Ketiga, pastikan car seat dipasang mengikut arahan. Sebagai contoh,kalau baby kena pandang belakang selagi tak cukup berat, jangan gatal nak pasang seat menghala ke depan. Ada sebabnya semua tu.

www.whattoexpect.com

* Keempat, abaikan mulut mulut yang bising pasal seat. Apa-apa jadi,anak kita yang tanggung. Kita yang susah hati. Orang yang bising-bising tu? Tidur dengan senang hati.

* Kelima, tolong sebarkan kes kami ni sebagai pengajaran. Bagi kat laki atau bini masing-masing yang rasa car seat tu tak penting.

www.koddie.nl

Alhamdulillah syifa selamat dan lena dalam seat. Berdetik pun tidak. Boleh bayangkan tak kalau syifa dipangku? Boleh bayangkan apa yang boleh berlaku dengan impact tu? Bukan nak kata car seat jadikan manusia tu tak cedera tapi sekurang-kurangnya kita usaha.

*Jadi, jangan abaikan penggunaan car seat ya para ibubapa. Keselamatan anak adalah sangat penting!

Sumber: Fatihah Sallehuddin

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×