Famili

Hot FM Masih Kekalkan Kedudukan Jadi Stesen Radio No.1 Di Malaysia, 4 Juta Pendengar Mingguan

2
SHARES
STESEN RADIO HOT FM

Menurut laporan dari Kajian Nielsen Consumer & Media View (CMV) Survey 1, 2024 (Julai 2023 – Jun 2024) stesen radio Hot FM telah meraih kepercayaan dan kesetiaan rakyat Malaysia dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen radio #1 di negara ini dengan 3.8 juta peminat.

STESEN RADIO HOT FM KEKALKAN KEDUDUKAN, NO 1 DI MALAYSIA

STESEN RADIO HOT FM

Dalam slot waktu 9 pagi hingga 11:59 pagi, stesen ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12.3%, membuktikan bahawa rakyat Malaysia suka memulakan hari mereka dengan gabungan muzik, hiburan, dan perbualan yang menarik dari Hot FM.

Menurut Pengarah Kandungan Senior Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan, pihak mereka sudah pastinya sangat berbangga dengan pencapaian ini.

“Setiap rancangan, lagu, dan kandungan yang ada di Hot FM dibuat khas untuk peminat kami. Ini kerana kami nak pastikan bahawa kami sentiasa dekat bersama peminat dan komuniti di Malaysia.

Kami juga sentiasa berusaha untuk mencipta kandungan yang mereka gemari, sama ada melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan seperti Bekpes Hot 5KM Fun Run, OB di dalam kereta api, atau peraduan-peraduan yang menarik.” jelasnya.

Fly FM: Fokus kepada Apa yang Penting

Fly FM telah berkembang sebanyak 12.8%, meraih 2.4 juta peminat, sebagai bukti komitmen kami terhadap muzik tempatan dan meraikan wira tempatan. Peminat menerima kehadiran kami dalam kehidupan mereka setiap hari, tertarik dengan lagu-lagu yang mencerminkan apa yang paling penting kepada mereka.

Kool 101: Menghubungkan Melalui Kandungan Yang Menyentuh Hati

Kool 101 mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 65.4%, dengan jumlah peminat mencecah 387,000 orang. Pertumbuhan ini, terutamanya dalam slot waktu 9 pagi hingga 11:59 pagi, menunjukkan ikatan peminat kami dengan lagu-lagu dan kisah yang mencerminkan dunia mereka sendiri, membina rasa kekitaan.

STESEN RADIO HOT FM

Molek FM: Kebanggaan Pantai Timur

Molek FM mencatat peningkatan sebanyak 202,000 pendengar dengan jumlah 1.07 juta pendengar keseluruhan, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen bahasa Melayu terkemuka di Pantai Timur. Setiap kandungan, lagu, dan topik dipilih dengan teliti untuk memastikan Molek FM sentiasa dekat di hati komuniti Pantai Timur.

Eight FM: Suara Kepercayaan Pasaran Cina

Eight FM kekal sebagai pilihan setia bagi 363,000 peminat, menggabungkan perbualan dan muzik yang beresonansi dengan momen harian mereka. Sebagai pemain utama dalam kalangan stesen berbahasa Cina, Eight FM terus menyajikan kandungan yang mencerminkan kehidupan peminat kami.

Peminat Hot FM kan sentiasa menjadi, keutamaan kerana suara dan semangat mereka mendorong segala yang dilakukan. Sertai kami dalam perjalanan ini bersama Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool 101, dan Eight FM. Kami mendengar peminat kami kerana mereka mendengar kami, dan itu adalah janji yang kami pegang erat di hati.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×