Hebahan

Hot FM Tampil Dengan Kempen Roda & Ringgit, Boleh Menang RM10k & Myvi!

6
SHARES

Siapa yang tak kenal dengan nama Hot FM yang merupakah salah sebuah jenama radio terkenal negara bukan? Selepas transformasi baharu yang dilakukan oleh Hot FM, kini stesen radio di bawah Media Prima Audio bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar setia iaitu Hot FM Roda & Ringgit.

HOT FM RODA & RINGGIT, BOLEH MENANG RM10K!

Berita baik untuk semua pendengar setia Hot FM, mulai September ini, Hot FM bakal menawarkan wang tunai bernilai sehingga RM10,000 dan sebuah kereta Myvi melalui kempen terbaharu Hot FM, iaitu Hot FM Roda & Ringgit.

Antara langkah yang anda perlu dilakukan untuk menyertai Hot FM Roda & Ringgit adalah dengan mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan isyarat memanggil ke udara. Kemudian, pendengar perlu menghubungi Hot FM di talian 03-77108822 dan berikan slogan baru Hot FM iaitu Kini Lebih Muzik yang Hangat.

Kalau anda betuah, pendengar yang menjadi pemanggil terpantas dan berjaya menyatakan slogan Hot FM dengan betul akan membawa pulang RM100 dan access ke Grand Finale bagi merebut peluang membawa pulang sebuah kereta Myvi! Selain itu, pendengar bertuah yang menelefon Hot FM pada waktu bonus akan membawa pulang wang tambahan bernilai RM200.

GRAND FINALE BOLEH MENANG SEBUAH KERETA MYVi

Pendengar-pendengar yang berjaya setiap hari berpeluang untuk bersama-sama merebut hadiah utama, sebuah kereta Myvi yang akan diadakan pada 25 September 2021 nanti. Grand Finale bagi merebut sebuah kereta Myvi ini akan diadakan secara maya dan akan mengumpulkan semua pemenang harian pada hari tersebut.

Pendengar juga boleh siap siaga dengan mendengar Hot FM mulai 6 September hingga 25 September 2021 untuk berpeluang menyertai Hot FM Roda & Ringgit setiap Isnin hingga Jumaat di Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad (6 pagi – 10 pagi), Playlist Hangat, Zetty (10 pagi – 3 petang), Sembang Squad, Haziq & Riena Diana (3 petang – 7 malam) dan Hot Flix, Imran Aqil (8 malam – 12 tengah malam)

Hot FM boleh didengar menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×