Famili

IJM Land Buat Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Ni! Nak Tahu Apa Yang Menarik, Jom Singgah!

146
SHARES

Pastinya suasana sambutan Hari Raya masih hangat berlangsung walaupun sudah beberapa hari berlalu dan ada di kalangan anda yang sudah mula bekerja. Namun, keriangan dan kemeriahan Hari Raya ini masih terasa. Yela, raya kan sebulan! Haha.

Tapi kini, tiba pula musim rumah terbuka. Haa…anda semua dah puas ke makan rendang, ketupat dan kuih raya? Kalau belum, apa kata ajak kawan-kawan, saudara dan jiran tetangga datang beramai-ramai memeriahkan rumah terbuka IJM Land. Nak tahu apa lagi yang menarik , jom baca!

TERDAPAT PERSEMBAHAN NYANYIAN DARIPADA ARTIS TERKENAL

Kalau anda datang ke rumah terbuka IJM Land ni, bukan dapat makan je, tapi dapat dengar dan lihat persembahan daripada beberapa artis terkenal tanah air.

Antara artis yang bakal menghiburkan anda adalah Jay Jay, Mas Idayu dan Wany Hasrita! Ruginya kalau tak datang!

BOLEH BERJUMPA DENGAN PENYAMPAI RADIO HOT FM DAN COOL FM! WAH, MEMANG GEMPAK LA!

 

Kepada anda yang belum pernah bertentang mata dengan penyampai radio Hot FM dan Cool FM, inilah peluang untuk anda berjumpa sendiri dengan mereka. Sambil-sambil makan tu boleh la layan celoteh mereka dan beramah mesra. Memang happening la raya anda tahun ni!

Antara penyampai radio Hot FM yang hadir adalah Geng Pagi Hot FM iaitu Syuk, Ajak dan Fizie. Manakala penyampai radio Cool FM pula, Haiza, AG dan Muaz. Jangan lepaskan peluang ni, jom ler singgah beramai-ramai!

 

KALAU DAH BOSAN LAYAN ARTIS, BOLEH MAIN GAME PULAK, LEPAS TU BAWA PULANG HADIAH MENARIK!

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di rumah terbuka IJM Land ni. Jadi anda dan anak-anak boleh la sertai dan menangi banyak hadiah menarik yang disediakan. Selain itu, ada juga cabutan bertuah. Mana la tahu, di bulan mulia ni nasib anda bertuah bila bersama dengan IJM Land. Memang berbaloi-baloi la anda datang!

Fuyyoo, memang meriah la rumah terbuka IJM Land ni! Kalau bertuah, anda tak pulang dengan tangan kosong tau! Apa lagi jom sertai beramai-ramai.

Ha… mesti nak tahu bila rumah terbuka ni kan? Untuk pengetahuan anda, rumah terbuka ini akan berlangsung pada 1 Julai 2018, bermula pada jam 3 petang hingga 7 malam, bertempat di Pejabat Jualan IJM Land Seremban 2.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×