Famili

Rumah Terbuka IJM Land Bandar Puncak Alam Memang Bukan Biasa-Biasa Tau. Jom Serbu!

179
SHARES

Selamat Hari Raya kepada anda semua! Mesti anda semua dah mula bekerja tapi masih dalam mood beraya kan? Ada ke yang dah buat open house?

Admin pun tiap-tiap minggu tak menang tangan nak memenuhi undangan keluarga dan kawan-kawan ke rumah terbuka mereka. Dari pagi sampai malam, memang meriah! Tapi ada satu rumah terbuka yang lagi meriah tau.

Buat pertama kalinya, IJM Land bersama Hot FM dan Kool FM akan menganjurkan rumah terbuka iaitu Rumah Terbuka IJM Land Bandar Puncak Alam sebagai tanda menghargai pelanggan setia mereka. Memang rugi tau kalau anda tak datang. Jom baca!

MENJAMU SELERA SAMBIL MENIKMATI PERSEMBAHAN ISTIMEWA DARI ARTIS KESAYANGAN ANDA!

Haa..Rumah Terbuka IJM Land Bandar Puncak Alam ni bukan rumah terbuka biasa-biasa tau. Sambil anda menikmati juadah raya tu, anda akan dihiburkan dengan persembahan dari si gadis cumi-cumi Nabila Razali, Aiman Tino dan juga Siti Nordiana.

Eh, ada lagi, korang juga akan temui seorang lagi artis jemputan isitimewa iaitu Suffian Suhaimi. 

Kalau anda taknak ketinggalan untuk berjumpa dengan artis kesayangan anda, jom ramai-ramai serbu Rumah Terbuka IJM Land Bandar Puncak Alam ni okay! Bukan je dapat makan, siap boleh selfie dan beramah mesra dengan mereka lagi. Wow!

SIAP BOLEH JUMPA DENGAN PENYAMPAI RADIO HOT FM DAN KOOL FM LAGI!

Siapa kat sini pendengar setia Hot FM dan Kool FM, angkat tangan! Anda teringin tak nak jumpa penyampai radio kesayangan anda ni secara live? Yelah, selalu dengar mereka kat radio je, kali ni anda boleh bersua muka dan bertentang mata dengan mereka tau!

 

Antara penyampai yang akan ada kat sana adalah, Geng Pagi Hot FM iaitu Syuk, Ajak dan Fizie serta penyampai radio Kool FM iaitu, Haiza, AG dan Muaz. Jangan lepaskan peluang ni tau. Bukan selalu anda dapat jumpa mereka ni.

                

ADA BANYAK GAMES MENARIK DAN LUCKY DRAW!

Anda rasa yang tadi dah best? Ada lagi yang best kat Rumah Terbuka IJM Land Bandar Puncak Alam ni tau! Kalau anda nak tahu, ada banyak aktiviti dan games menarik disediakan kat sana nanti yang anda sekeluarga boleh sertai.

Bukan itu saja, duit raya pun ada! Manalah tahu anda antara yang bertuah tu. Hadiah yang ditawarkan pulak semuanya gempak-gempak. Memang tak bosan dan happening betul la rumah terbuka ni!

BILA DAN DEKAT MANA?

Haa..kami tahu, mesti anda tertanya-tanya dan dah tak sabar nak tahu bila dan di mana lokasi Rumah Terbuka IJM Land Bandar Puncak Alam ni kan? Jom kami bagitahu:

Tarikh: 7 Julai 2018 (Sabtu)

Masa: 11 pagi – 4 petang

Lokasi: Galeri Jualan IJM Land, Bandar Puncak Alam

Jadi, jom ramai-ramai datang beraya dan sama-sama memeriahkan Rumah Terbuka IJM Land 2018 ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman Facebook mereka.

Untuk mendaftar, sila klik di sini.

Jumpa di sana!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×