Siapa suka makan tempe? Sedap kan? Lagi-lagi kalau masak sambal tempe dan makan bersama nasi panas. Memang dah cukup buat perut kenyang dan hati gembira. Tempe ialah makanan yang dihasilkan dari pemeraman kacang soya.
Lagi menarik kerana mudah sahaja sebenarnya proses pembuatan tempe. Hanya memerlukan 3 bahan penting sahaja dan anda boleh cuba buat di rumah. Nak tahu resepinya? Jom tengok perkongsian resepi daripada Sri Rahayu di bawah.
Baca juga: Resepi Baked Potato Macam Di Hotel, Cheese Leleh & Berlemak!
STEP-BY-STEP BUAT TEMPE DI RUMAH, GUNA 3 BAHAN JE
Yang teringin nak buat tempe sendiri tu, saya ada kongsikan cara pembuatan tempe. Puas rasa hati kalau boleh buat sendiri guys. Jom intai dapoq resepi:
Bahan-bahan diperlukan:
- Kacang soya 1kg
- Ragi tempe 1 sudu kecil
- Plastic/daun pisang untuk membungkus
Cara-cara pembuatan:
1. Basuh kacang soya hingga bersih dan rendam kacang soya dalam air selama 4-5 jam.
2. Selepas direndam 4-5jam, buangkan air dan tiriskan kacang soya tadi.
3. Masak air dalam periuk hingga betul-betul mendidih.
4. Next masukan kacang soya dan rebus selama 25-30 minit, tutup api dapur, pastu tutup periuk dan biarkan kacang soya terendam selama 1 malam.
5. Selapas rendam 1 malam, ramas-ramas kacang soya hingga pecah dan terkupas kulit ari, pastu basuh dan buang kulit ari soya hingga betul-betul bersih,pastu tiriskan (basuh/bilas soya berulang kali,4-5 kali.)
6. Next masak air dalam periuk hingga mendidih, pastu masukan soya, rebus dalam 15 minit, pastu angkat soya dan tiriskan.
7. Letak soya dalam talam/dulang bagi sejuk.
8. Kalau soya dah sejuk, pastu letak ragi tempe, gaulkan hingga campur serata.
9. Next bungkus/masukan soya dalam plastic, pastu cucuk-cucul plastic bagi belubang dengan menggunakan lidi satay.
10. Susun atur soya yang dah dibungkus pastu tutup dengan kain untuk proses permentasi selama 36-48jam (2 hari)
11. Selepas 24jam buka penutup kain biar tak panas sangat (risau busuk pulak)
12. Masa permentasi 48jam/2 hari,,dah jadi tempe dah. Tempe ready digoreng guys.
Selamat mencuba! Hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Mudahkan?
Sumber: Facebook Sri Rahayu