Dapur

Resepi Baked Potato Macam Di Hotel, Cheese Leleh & Berlemak!

45
SHARES

“Sedapnya potato baked ni…”

Kalau tidur di hotel antara hidangan sarapan yang dihidangkan mestilah potato baked. Gabungan kentang dan cheese membuatkan hidangan itu lebih istimewa ala-ala kayangan. Bukan sahaja orang tua malah kanak-kanak juga menyukainya kerana tidak pedas serta berlemak.

Nak cuba buat di rumah dan dijadikan hidangan makan petang? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Rozmaliza Omar. Mudah dan cepat. Tak payah pening-pening!

Baca juga: Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Simple & Gebu!

RESEPI POTATO BAKED MACAM DI HOTEL, CHEESE LELEH & BERLEMAK!

Lamanya tak buat potato baked. Sekali buat makan biar puas hati.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 6 biji kentang saiz besar
  • 4 sdb UHT whipped cream/ fresh milk
  • 250 gm daging cincang
  • 1 biji labu bawang besar – didadu
  • 3 ulas bawang putih **
  • 3 sdb butter
  • 1 sdt oregano
  • 1 kiub ayam
  • Cheddar cheese
  • Olive oil utk menumis
  • Daun parsley dihiris kasar
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan inti:

1. Panaskan butter dan olive oil. Tumis bawang putih hingga layu.

2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering dan masukkan bawang besar dadu.

3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan

Cara-cara buat potato baked: 

1. Cuci bersih kentang dan potong dua.

2. Bakar atau kukus hingga lembut dan boleh dicucuk. Sejukkan sebentar.

3. Korek isi kentang dan lecek isi yg dikorek td. Gaulkan bersama² inti hingga rata.

4. Masukkan daun parsley cincang, oregano dan uht whipped cream/ fresh milk. Gaul rata.

5. Masukkan inti kedalam kentang yg dikorek tadi, letakkan cheddar cheese atasnya. Bakar selama 15 minit api atas bawah hingga cheese cair.

Sumber: Rozmaliza Omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×