Nur

Solat Sunat Nikah (Zifaf) : Penjelasan, Hukum & Cara Mengerjakannya

40
SHARES
solat sunat nikah

Dipetik dari IRSYAD AL-FATWA KE-155: SOLAT SUNAT NIKAH

Mungkin ada antara kita yang akan bakal bernikah tak lama lagi, terutamanya bila nak masuk hujung tahun begini.

Ada antara kita yang musykil dan tertanya-tanya, apakah sebenarnya solat sunat nikah, iaitu solat sunat yang dilakukan oleh pengantin sebelum atau selepas melafazkan akad nikah.

Ia juga dikenali sebagai Solat Sunat Zifaf.

Dan jika ada, bagaimana pula cara mengerjakannya dengan betul?

Dalam perkongsian kali ini, kami ingin berkongsikan maklumat daripada IRSYAD AL-FATWA KE-155: SOLAT SUNAT NIKAH dan beberapa lagi tambahan info tentang cara mengerjakan solat sunat nikah.

Jom kita baca selanjutnya.

Solat Sunat Nikah: Penjelasan, Hukum, Cara Mengerjakannya

Soalan:

Adakah terdapat di dalam sunnah, solat sunat selepas akad nikah?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah namun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik.

Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya.

Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:

إِنِّي تَزَوَّجْتُ جَارِيَةً شَابَّةً، وَإِنِّي أَخَافُ أَنْ تَفْرَكَنِي قَالَ: فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ: إِنَّ الْإِلْفَ مِنَ اللَّهِ، وَالْفَرْكَ مِنَ الشَّيْطَانِ، يُرِيدُ أَنْ يُكَرِّهَ إِلَيْكُمْ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ، فَإِذَا أَتَتْكَ فَمُرْهَا أَنْ تُصَلِّيَ وَرَاءَكَ رَكْعَتَيْنِ.

Maksudnya: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud:

“Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat dibelakangmu dua rakaat”.

Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)

Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:

تَزَوَّجْتُ وَأَنَا مَمْلُوكٌ , فَدَعَوْتُ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ – صلى الله عليه وسلم – فِيهِمْ ابْنُ مَسْعُودٍ وَأَبُو ذَرٍّ وَحُذَيْفَةُ – رضي الله عنهم – فَعَلَّمُونِي فَقَالُوا: إذَا أُدْخِلَ عَلَيْكَ أَهْلُكَ فَصَلِّ عَلَيْكَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ سَلْ اللهَ تَعَالَى مِنْ خَيْرِ مَا دَخَلَ عَلَيْكَ، وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنْ شَرِّهِ، ثُمَّ شَأنَكَ وَشَأنَ أَهْلِكَ.

Maksudnya: “Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan dikalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan:

“Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu”.

Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)

 

Kesimpulan: Hukum Solat Sunat Nikah

Berdasarkan dua athar di atas, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf.

Oleh itu, melihat kepada nas athar di atas, ianya solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah.

Sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.

Sebahagian ulama menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah.

Hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).

Wallahu a’lam.

solat sunat nikah

Niat Solat Sunat Nikah

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”

Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

solat sunat nikah

Cara Solat Sunat Nikah

Cara mengerjakan solat sunat nikah adalah sama seperti solat sunat yang lain, cuma yang membezakan adalah pada niatnya.

Rakaat Pertama

  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun (atau mana-mana surah pilihan)

Rakaat Kedua

  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas (atau mana-mana surah pilihan)

Selesai memberi salam, dianjurkan juga membuat sujud syukur sebagai tanda kita mensyukuri pasangan kita dan berharap agar diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat bersama-sama.

Baca juga: Cara Sujud Syukur: Perlukah Wuduk Dan Menghadap Kiblat?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×