Suami Isteri

Buat Bakal Raja Sehari, Ini 7 Persediaan Wajib Sebelum Menjelang Hari Bahagia

27
SHARES

Setiap pasangan yang bakal berkahwin sememangnya mengimpikan perkahwinan yang indah. Persiapan sebelum berkahwin adalah penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara luar jangkaan daripada berlaku sewaktu hari pernikahan dan persandingan. Perancangan dan persediaan dari pelbagai sudut dan aspek adalah penting bagi kedua-dua bakal mempelai agar majlis dapat berjalan lancar sewaktu bergelar raja sehari.

Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi, betul kan bakal-bakal pengantin? Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disusun rapi dengan baik. Berikut mmerupakan beberapa persediaan yang boleh dilakukan sebelum berkahwin.

1. PILIH TARIKH

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Kebanyakannya pasangan lebih gemar memilih tarikh yang mudah diingati dan tarikh cantik tahun tersebut.

2. HADIRI KURSUS KAHWIN

Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Membina rumah tangga yang bahagia memerlukan ilmu asas serta pengetahuan dan 80% daripadanya akan diterima semasa menghadiri kursus ini. Bagi bakal pengantin, disarankan mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis.

3. MENEMPAH DEWAN ATAU HOTEL, CATERING DAN LAIN-LAIN

Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat, ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah idaman setiap pasangan yang bakal bernikah dan bersanding.

Masalah-masalah yang berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.
Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan persediaan awal.

4. TEMPAH JURU NIKAH DAN ANDAMAN

Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah.

Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.

5. TEMPAH KAD JEMPUTAN KAHWIN

Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan.

Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.

6. JALANI UJIAN HIV

Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV.

7. DOKUMEN DAN BORANG PERKAHWINAN

Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah.

Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa borang lain bergantung kepada status diri pasangan.

Selamat menempuh alam perkahwinan!

Sumber: jomkahwin?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×