Nur

Solat Ketika Sakit Bersalin : Hukum & Panduan Untuk Wanita Hamil (JAKIM)

287
SHARES
panduan solat ketika sakit bersalin

Perlu ke solat ketika sakit bersalin dan kontraksi?

Jawapannya YA dan mungkin ramai yang masih belum jelas tentang perkara ini.

Menurut Mufti WP, solat masih WAJIB kalau dah keluar tanda-tanda nak bersalin seperti;

  • keluar mucus (warna kekuningan seperti hingus)
  • bloody show
  • pecah ketuban

Hukum Darah / Air Ketuban Yang Keluar Dari Faraj Wanita Sebelum Bersalin

Dalam IRSYAD AL-FATWA KE-411, disebutkan bahawa hukum darah / tanda / cairan yang keluar ketika sakit bersalin bersalin adalah seperti berikut:

  • Di sisi mazhab Syafie, darah yang keluar sebelum bersalin atau dam al-thalaq dihukumkan sebagai darah fasad (rosak) iaitu hukumnya seperti hukum istihadhah. Justeru diwajibkan ke atas wanita untuk menunaikan solat kerana kewajipan solat tidak gugur.
  • Namun, sekiranya darah tersebut bersambung dengan haid yang sebelumnya maka ia dihukumkan sebagai darah haid (sekiranya mencukupi syarat-syarat haid).
  • Hukum air ketuban yang keluar sebelum bersalin ialah najis dan boleh membatalkan wudhuk. Oleh itu diwajibkan ke atas wanita untuk bersuci kemudiannya menunaikan solat setelah air ketubannya kering.
  • Namun sekiranya air ketuban itu keluar secara berterusan maka hukumnya adalah seperti hukum istihadhah.

Persediaan Untuk Solat Ketika Sakit Bersalin / Setelah Mengeluarkan Tanda

Justeru, wajib bagi orang yang beristihadhah atau orang mengambil hukum istihadhah melakukan perkara berikut sebelum menunaikan solat:

  • Membasuh faraj.
  • Menyumbat faraj dengan kapas atau seumpamanya supaya darah tidak menitis keluar.
  • Wajib membalut faraj dengan kain atau seumpamanya yang boleh menahan darah daripada mengalir keluar.
  • Bersuci dengan berwudhuk atau bertayammum. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/278)

Baca juga: Cara Mandi Nifas / Wiladah Selepas Melahirkan / Keguguran (Sumber JAKIM & Mufti WP)

Cara Solat ketika Sakit Bersalin (JAKIM)

  • Sekiranya seseorang wanita tidak mampu untuk menunaikan solat kerana sakit hendak beranak, maka hendaklah dia solat mengikut kemampuannya iaitu samada solat secara duduk atau berbaring di atas lambung kanan atau berbaring menelentang atau melalui isyarat mata.
  • Namun sekiranya dia tetap tidak mampu untuk bersolat, maka wajib ke atasnya untuk menqadha’ solatnya itu kelak.

Sila rujuk Panduan Solat Ketika Sakit Bersalin seperti yang dinyatakan oleh JAKIM dalam lembaran di bawah:

panduan solat ketika sakit bersalin

cara solat ketika sakit bersalin

Penting Untuk Suami Juga Fahamkan Bersama

Suami, peranan anda ketika ini amat penting, anda perlu pastikan isteri anda boleh melakukan solat. Bantu dia utk ambil wuduk, pakaikan telekung atau tutupkan aurat isteri, boleh juga gunakan selimut atau cadar yg bersih, jika tiada telekung / tudung. Yang penting tutup aurat.

Jika ada darah keluar semasa anda sedang bersolat, ia dimaafkan dan solat itu sah. Malah, wuduk wanita yang beristihadhah sah untuk satu solat fardu dan beberapa amalan sunat lain.

Sampai bila solat itu wajib dilakukan? Sehinggalah anda bersalin, dgn keluarnya darah wiladah atau nifas. Ketika inilah anda berhadas besar. Dengan yang demikian, anda tidak perlu lagi menunaikan solat.

Doalah pada Allah agar ketika kita sakit bersalin itu ia tidak menghalang kita utk bersolat. Sungguh, Allah Maha Mendengar.

Jadi, dah tau, jangan ambil mudah ya. Islam itu mudah, tapi jangan kita sengaja mudah-mudahkan.

Buat para wanita yg akan melalui fasa ini, moga dipermudahkan segalanya.

*Muat turun PDF: 

PANDUAN SOLAT WANITA HAMIL KETIKA SAKIT BERSALIN DI WAD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×