Famili

SmartHeart REFINE Tawarkan 2000 Sampel Buat Semua Pecinta Kucing Dengan 3 Langkah Mudah

8.5K
SHARES

“Mama, adik nak bela kucing boleh?”

Haa, anak anda mesti pernah buat permintaan begini kan? Sebaiknya cuba tunaikan. Bukan saja sebagai terapi, malahan membela kucing dapat membentuk diri anak supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin. Anak juga akan lebih menyayangi binatang.

Kucing juga seperti manusia, memerlukan nutrien yang berkhasiat. Barulah badannya sihat dan gebu gebas. Bagi anda yang mempunyai kucing peliharaan di rumah, sekali sekala pasti mahu beri hidangan mewah buat Si Comel bukan? Belanjalah Si Comel anda dengan…

SmartHeart REFINE, hidangan mewah & terbaik buat Si Comel anda

Mestilah SmartHeart REFINE! Makanan kucing berkelas premium ini ternyata menjadi hidangan terbaik buat Si Comel anda. Ia dihasilkan melalui resipi gourmet dengan isi tuna putih premium terpilih. Semestinya makanan kucing yang berkualiti tinggi, bukan biasa-biasa tau!

Untuk pengetahuan anda, SmartHeart REFINE merupakan produk makanan kucing yang berasaskan bahan human-grade dalam kilang pengeluaran makanan manusia. Penuh dengan nutrisi. Bolehlah beri pada Si Comel anda.

Ditampilkan dengan 4 citarasa yang berbeza

SmartHeart REFINE mempunyai 4 pilihan citarasa, iaitu Selected Tuna with Bonito in Jelly, Selected Tuna with Crab Stick in Jelly, Selected Tuna with Chicken Flakes in Jelly dan Selected Tuna in Jelly. Semuanya dipaketkan secara asing dengan rasa segar.

Pilihan tepat buat Si Comel kerana ianya berkhasiat

Pecinta kucing pasti risau dengan nutrien yang diambil oleh Si Comel. Itu perkara biasa yang dialami oleh semua pemilik kucing. Tapi, jika dengan SmartHeart REFINE, anda akan puas hati dengan manfaat yang ada. Mahu tahu kenapa?

SmartHeart REFINE bagus untuk penglihatan kucing, malah menjadikan kulit dan bulu mereka lebih sihat. Selain itu, ia membantu meningkatkan sistem imun badan kucing. Jadi, Si Comel anda kurang risiko terkena penyakit. Bagusnya!

Jom daftar & dapatkan sampel SmartHeart REFINE secara percuma!

Ada berita menarik ni! Bermula 10 April hingga 31 Mei 2020, SmartHeart akan menawarkan 2000 sampel SmartHeart REFINE untuk diberi kepada pecinta kucing. Caranya juga sangat senang. Anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah yang kami beri di bawah:

  1. Pergi ke laman web SmartHeart Online Shop.
  2. Daftar/log masuk sebagai ahli.
  3. Hantarkan butiran dengan lengkap.

*Sementara stok masih ada
*Tertakluk pada terma dan syarat

Senangnya! Cuba beritahu anak anda, pasti dia gembira jika beri SmartHeart REFINE untuk Si Comel di rumah. Si Comel pasti puas hati dan makan sampai licin. Semakin manjalah Si Comel bila dapat hidangan mewah daripada tuan tersayang.

Jika anda mahukan info lebih lanjut tentang SmartHeart REFINE, boleh ke klik sini.

Jangan lupa ikuti perkembangan mereka di Facebook Page SmartHeart REFINE. Ada lagi berita menarik akan datang jadi nantikanlah. Si Comel, selamat makan SmartHeart REFINE!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×