Inspirasi

Skor IQ Tinggi, Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Dari Malaysia Jadi Ahli Paling Muda Mensa British!

590
SHARES

Menjadi impian setiap ibu bapa untuk besarkan anak yang sihat. Selain itu, anak yang pintar dan bijak juga merupakan kelebihan yang kebanyakan ibu bapa idamkan. Begitulah anak berumur 3 tahun ini yang merupakan ahli paling muda telah berjaya diterima masuk Mensa British. Pastinya, syarat untuk menjadi ahli Mensa adalah mempunyai tahap IQ yang tinggi.

SUDAH MAMPU BACA ‘BEDTIME STORY’ KETIA BERUMUR 2 TAHUN

Ketika Haryz hanya berusia 7 bulan, ibunya, Munira dapat merasakan anaknya itu lain daripada yang lain. Ketika Haryz berumur dua tahun, dia sudah boleh bacakan ‘bedtime’ story sebelum tidur untuknya. Kini, Muhammad Haryz Nadzim diterima sebagai ahli paling muda di Mensa.

Anira dan Mohd, ibu bapa kepada Haryz yang kini menetap di Durham, United Kingdom. Kedua-duanya berlatar-belakang kejuruteraan tak pernah menyangka anak mereka itu mempunyai bakat sejak dari usia muda. “Kami tak mempunyai banyak pengalaman dan menganggap semua bayi adalah sama.” Kata ibunya. “Pada mula kami dapat mengetahui bahawa Haryz lain daripada yang lain ketika menghantarnya ke nurseri.” Tambah ibunya lagi.

DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI BRITISH MENSA

“Ketika di nurseri, Haryz boleh baca kesemua buku kegemarannya.” Haryz telah dijemput untuk menyertai British Mensa setelah mencapai skor IQ sebanyak 142 di dalam ujian Standford Binet.

Haryz kini menjadi ahli paling muda di dunia yang diterima masuk oleh Lynn Kendal iaitu pasar psikologi. Anira berkata “Kami sebagai ibu bapa hanya ingin membantu Haryz supaya Haryz boleh capai tahap potensi dirinya dan menyokong Haryz sepenuhnya.”

BERINTERAKSI DALAM BAHASA MELAYU

Haryz juga mempunyai Youtube channelnya sendiri bernama Little Haryz supaya kanak-kanak lain boleh mendapat inspirasi. Haryz juga seperti kanak-kanak sebaya dengannya yang juga bermain, melukis dan menyanyi.

“Kami berinteraksi dengan Haryz dalam Bahasa Melayu. Kebahagiaan Haryz merupakan keutamaan saya dan suami.” Tambah ibunya lagi. Haryz suka membaca buku dan bercakap mengenai angkasa lepas juga nombor. Lebih menarik, Bahasa Inggeris bukanlah bahasa utamanya di rumah.

Sumber: Metro UK , Nur Anira Asyikin

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×