Euforia Bola 2026
Famili

Susah Nak Dapat Slot ‘Dine In’ Di Rembayung Kerana Scalper, Khairul Aming Uji Sistem Booking Baharu

TEMPAHAN REMBAYUNG

Sistem tempahan Rembayung bakal melalui perubahan apabila Khairul Aming memaklumkan pihaknya sedang menguji sistem baharu bagi menggantikan platform tempahan sedia ada.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan di media sosial, Khairul Aming berkata percubaan untuk beralih kepada sistem baharu itu kini sedang dijalankan dan tidak lagi menggunakan Umai.

Baca juga: Waris Pesara Kerajaan Boleh Tuntut RM3,000 Selepas Kematian, Ini Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah

TEMPAHAN REMBAYUNG BAKAL ADA PERUBAHAN

TEMPAHAN REMBAYUNG

Dalam pada itu, tempahan yang telah dibuat menerusi Umai bagi kunjungan sehingga 4 Oktober masih kekal sah dan tidak akan terbatal.

“Tempahan untuk makan di premis dan bawa pulang yang telah atau akan dibuat di Umai sehingga 4 Oktober masih sah dan tidak terbatal,” jelasnya.

Bagaimanapun, tempahan bagi tarikh 5 Oktober dan seterusnya ditutup buat sementara waktu sehingga sistem baharu diperkenalkan.

Khairul Aming menjelaskan bahawa perubahan berkenaan masih berada pada peringkat percubaan. Menurutnya, sistem baharu itu diharapkan dapat membantu mengurangkan masalah scalper yang sebelum ini menjadi antara isu dalam proses mendapatkan slot tempahan Rembayung.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang berharap sistem baharu itu dapat menjadikan proses tempahan lebih mudah dan adil.

Ada yang mempersoalkan bagaimana pihak scalper boleh mendapatkan slot dalam jumlah yang banyak, sedangkan pelanggan biasa berdepan kesukaran ketika membuat tempahan.

“Kenapa scalper itu senang dapat slot? Kenapa kita yang hendak membuat tempahan ini payah sangat? Scalper itu tempah menggunakan apa? Hack atau VPN? Serius hendak tahu sebab nampak macam ramai yang tidak suka scalper. Cuma bagaimana scalper boleh dapat tempahan banyak-banyak?” tulis seorang pengguna.

Layanan kakitangan Rembayung dipuji

TEMPAHAN REMBAYUNG

Dalam pada itu, seorang lagi pelanggan mengambil kesempatan untuk memuji layanan kakitangan Rembayung selepas berkunjung ke premis berkenaan baru-baru ini.

“Terbaik Khairul Aming. Lepas ini doakan senang hendak tempah Rembayung lagi. Kebetulan Ahad lalu pergi. Kakitangan Khairul Aming memang rajin dan baik. Hujan lebat pun siap payungkan semua pelanggan yang tiba sampai dia basah lencun,” katanya.

Pelanggan tersebut turut berterima kasih atas layanan yang diberikan dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Rembayung sekiranya berpeluang pada masa akan datang.

Buat masa ini, pelanggan yang mempunyai tempahan sehingga 4 Oktober menerusi Umai tidak perlu membuat tempahan baharu kerana slot berkenaan masih sah.

Tempahan bagi 5 Oktober dan seterusnya pula hanya akan dibuka semula selepas sistem baharu diperkenalkan.

Baca juga: Wang Jualan ‘Acik’ Kantin RM749 Lesap! CCTV Bongkar Pelajar Tingkatan 2 Ambil Duit

Sumber: Threads Khairul Aming

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×