Famili

Sistem Saraan Malaysia Diganti Kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bermula 1 Disember

8
SHARES
sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Berkuat kuasa pada 1 Disember ini, kerajaan telah bersetuju untuk menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penggantian ini adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam di luar sana.

Baca juga: Perkhidmatan Bas & Kereta Api Rapid KL Beroperasi 24 Jam Sempena Hari Kebangsaan 2024

SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM GANTI SKIM SARAAN MALAYSIA

sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Jelasnya, tahap pengorbanan yang dilakukan oleh penjawat awam sangat luar biasa seperti menangani COVID-19. Jadi, jangan lupa petugas barisan hadapan itu adalah penjawat awam, jadi kerajaan setuju supaya SSM digantikan dengan SSPA.

Beliau menjelaskan perkara ini ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 hari ini. Selain itu, beliau turut menjelaskan pelaksanaan SSPA ini adalah berdasarkan tiga inti pati reformasi termasuk untuk meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

“Kedua adalah untuk meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan ketiga adalah untuk meningkatkan daya saing negara,” jelasnya.

Beliau berkata SSPA mengandungi roh dan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang dikehendaki bagi menjayakan agenda Malaysia Madani.

Tambahnya lagi, pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan untuk menarik minat dan sokongan.

Kenaikan gaji para penjawat awam turut diumumkan dan beliau berharap agar yang terlibat dapat bekerja dengan semangat dan mewujudkan budaya kerja baharu selepas gaji naik.

Baca juga: Senarai Lokasi Kamera AwAS Di Lebuhraya Utama & Lampu Isyarat, Jangan Pandu Laju!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×