Kini Trending

Siraplimau Bakal ‘Gegarkan’ Karnival Jom Heboh Di Putrajaya Esok!

2
SHARES
Jom Heboh 2022

“JOM..JOM..JOM HEBOH!”

Nampaknya Karnival Jom Heboh kini sudah kembali! Bakal berlangsung esok dan lusa (25 & 26 Jun 2022) dari 8 pagi sehingga lewat malam bertempat di Anjung Floria, Putrajaya, Karnival Jom Heboh tampil dengan lebih ranggi dan berwarna-warni untuk anda semua!

KARNIVAL JOM HEBOH DI PUTRAJAYA ESOK!

Seperti edisi terdahulu, Karnival Jom Heboh akan membariskan ramai selebriti popular tempatan, personaliti TV, penyampai radio dan influencer yang bakal turut serta memeriahkan karnival kali ini. Penganjuran karnival selama dua hari ini bakal menyaksikan penglibatan rangkaian jenama media terkenal di bawah Media Prima meliputi televisyen, radio, media cetak dan digital antaranya TV3 MALAYSIA, DIDIKTV, TV9,WOWSHOP, Buletin.fm, Hot.fm, Molek.fm, Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Lebih menarik, Karnival Jom Heboh pada kali ini turut disertai oleh beberapa jenama media di bawah platform digital REV Media iaitu Siraplimau, Ohbulan, Seismik TV dan Vocket. Pada hari Sabtu (25 Jun), Siraplimau akan membawakan pelatih profesional Muay Thai dari Merican Muay Thai untuk berkongsi serba sedikit tentang sukan tempur tersebut. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyertai sesi demonstrasi bersama mereka.

Pada hari Ahad (26 Jun) pula, Dr. Putri Afzan Maria, Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Terapi Emosi akan membincangkan topik berkisarkan tentang hubungan antara anak-anak dan ibu bapa. Kedua-dua sesi ini akan dikendalikan oleh pengacara popular, Hanif Shawn dan Irfan Syahmi.

SIRAPLIMAU AKAN BAGI BANYAK HADIAH!

Nak menang hadiah menarik daripada Siraplimau? Jangan lupa sertai kedua-dua sesi dan korang berpeluang bawa pulang hadiah istimewa barangan eksklusif Siraplimau & Media Prima, pakej penginapan hotel dari Four Points by Sheraton Desaru, baucar dari La Juiceria, Kopi Saigon, Tony Romas, Manhanttan Fish Market, Nasi Ahmad dan tiket masuk ke Petrosains! Wah banyaknya!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Putrajaya tau! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×