0-6 Bulan

5 Tabiat Yang Boleh Menyebabkan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS). Jangan Ambil Mudah!

905
SHARES
sindrom kematian bayi

Ibu bapa bayi yang mati mengejut pasti sukar untuk menerima kenyataan akan kehilangan bayi mereka secara tiba-tiba. Tidak dinafikan bahawa ajal dan maut di tangan Tuhan. Namun, apakah sebenarnya Sindrom Kematian Bayi Mengejut?

Bagaimana ia terjadi? Apakah punca-puncanya? Mari kita kupas satu persatu.

bayi kekurangan kalsium

Foto Kredit: bellybelly.com.au

Apa Itu Sindrom Kematian Bayi Mengejut?

Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dijangka. Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun.

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur 6 bulan ke bawah dan 60% daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara 2-4 bulan. Walaubagaimanapun, pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.

Ada di antara bayi yang dikenal pasti mengalami kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan bekalan oksigen. Ada juga yang berhadapan dengan masalah sistem imunisasi dan gangguan metabolisme.

Lazimnya, bayi yang kekurangan oksigen semasa tidur akan terjaga dan menangis. Akan tetapi, perkara ini tidak berlaku kepada bayi yang mengalami masalah kerosakan pada bahagian otak. Bayi ini kurang atau tiada langsung mekanisme perlindungan untuk bertindakbalas sekiranya lemas.

Jadi berhati-hatilah menjaga bayi anda. Ubah cara penjagaan bayi untuk mengurangkan risiko SIDS.

Foto Kredit: 114118hr.com

Foto Kredit: 114118hr.com

5 Tabiat Yang Boleh Menyebabkan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)

Ini 5 tabiat harian yang mampu menyumbangkan kepada faktor Sindrom Kematian Bayi mengejut (SIDS).

1. Bayi Tidur Meniarap

Bayi yang tidur secara meniarap dipercayai berisiko mengalami SIDS.

Bayi yang sedang tidur tidak diketahui akan tertutup mulut dan hidungnya sehingga lemas sekiranya tidur meniarap.  Awasi bayi yang tidur meniarap dan kerapkanlah meninjau keadaan bayi semasa tidurnya.

Bayi yang tidur secara meniarap bukan sahaja berisiko mengalami SIDS malahan lebih mudah tercekik apabila muntah.

sindrom kematian bayi

Foto Kredit: safebabyreviews.com

2. Tilam Atau Selimut Bayi Yang Terlalu Lembut Dan Berlapis

Permukaan tilam dan cadar yang lembut sememangnya membuatkan bayi selesa. Walaubagaimanapun, ia tidak selamat digunakan kerana boleh menyebabkan berlakunya SIDS.

Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya. Juga berhati-hatilah dalam memilih fabrik untuk cadar dan bantal bayi.

Menggunakan selimut yang berlapis-lapis adalah tidak digalakkan untuk bayi.

Menggunakan cadar, bantal berbulu dan tilam air atau tilam udara juga merupakan satu tindakan berisiko yang membawa kepada SIDS.

Foto Kredit: hidaboot.org

Foto Kredit: hidaboot.org

3. Penggunaan Pelapik Tilam Plastik

Elakkan daripada menggunakan tilam yang beralas plastik. Jika anda bimbang tilam anda kotor, anda tidak seharusnya menggunakan plastik sebagai alas malah ini akan menambah masalah sekiranya bayi anda lemas dan mengalami SIDS.

Sebaliknya, jika perlu gunakanlah pelapik tilam yang khas.

anak kencing malam

Salah satu contoh pelindung tilam yang terdapat di pasaran. / Foto Kredit: amazon.com

4. Persekitaran Asap Rokok

Selain itu, bayi yang terdedah kepada asap rokok juga berisiko tinggi.

Walaupun anda tidak merokok, jauhkanlah bayi anda dari asap rokok.

Ternyata, kajian membuktikan bahawa penghidu asap rokok adalah lebih berisiko daripada penghisap rokok!

Apabila ibu hamil merokok, gejala SIDS akan lebih mudah dialami oleh bayi yang mereka lahirkan nanti.

5. Pakaian Terlalu Tebal

Membiarkan bayi memakai baju berlapis-lapis boleh menjadikan suhu badan bayi terlalu panas, lalu meningkatkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut.

Tanda-tanda bahawa bayi anda mungkin terlalu panas termasuklah berpeluh, rambutnya basah, ruam lampin, pernafasan yang cepat, resah gelisah, dan demam.

Rasalah perut atau leher bayi anda untuk melihat samada dia terlalu panas atau terlalu sejuk dan suaikan selimutnya berdasarkan itu.

Jangan rasa tapak tangan atau tapak kakinya untuk memeriksa samada dia cukup hangat kerana tapak tangan dan tapak kaki bayi yang sejuk adalah normal.

Jangan Ambil Mudah

Dapatkan nasihat daripada pakar bayi atau orang yang lebih mahir dan berpengalaman sekiranya anda tidak pasti tentang keselamatan dan keselesaan bayi.

Gambar di bawah adalah contoh cara tidur bayi yang paling selamat untuk anda praktikkan.

 

Seperti peribahasa, ‘malu bertanya sesat jalan’.

Berjaga-jagalah sebelum menyesal di kemudian hari.

Jadikanlah kes-kes SIDS yang sering diberitakan sebagai pengajaran.

‘Stay safe!’

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×