Famili

Si Ibu Kena Guna ‘Teknik 4-7-8’ Ini Untuk Elak Rasa Benci Terhadap Anak, Tak Asyik Mengamuk Je!

1.1K
SHARES

” Kaum mak-mak ni memang cepat naik angin eh?”

Mesti dah selalu dengar ayat di atas kan? Memang tidak dinafikan bahawa sebaik sahaja anda menjadi seorang ibu, perkara pertama yang anda akan dilabel adalah ‘kuat membebel’ dan ‘cepat naik angin’. Tak kira sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar anak-anak, semuanya nak naik angin. Jom kita baca teknik dan nasihat dari si ayah ini buat ibu-ibu di luar sana supaya tak cepat marah dekat anak-anak. Tak penat ke selalu marah je?

MAK-MAK NI ASYIK NAK MENGAMUK JE..

Rasa je nak mengamuk terus buat benda ni..

www.shutterstock.com

Kadangkala tu saya tak salahkan pun emak emak yang mengamuk kat anak sendiri. Sebenarnya emak emak ni cuma perlu moral support daripada orang di sekeliling je.

Yela, anak ramai. Kerja pula bertimbun. Pasangan pula jenis tak memahami. Memang boleh jadi tiba-tiba hilang kawalan diri. Sebab tu emak emak ni kena tahu tanda-tanda yang diri tu hampir hilang kawalan.

Antara tanda-tanda yang emak emak kena tahu adalah:

www.nbcnews.com

1. Tiba-tiba je pernafasan jadi laju

2. Dada rasa berdebar debar

3. Tangan dalam posisi menggenggam

4. Nada suara jadi lebih tinggi daripada kebiasaan

5. Dah mula timbul rasa benci dengan anak sendiri

Dah ada je tanda-tanda ni terus buat ‘Time-Out’ untuk diri sendiri. Jauhi anak-anak, pergi ke satu sudut dan duduk bersendirian. Masa tu kena buat Deep Breathing Exercise.

Guna teknik 4-7-8

mytherapynyc.com

Amik nafas dalam selama 4 saat. Tahan nafas selama 7 saat dan hembus nafas perlahan-lahan dalam masa 8 saat. Ulang teknik ni berkali kali sampai rasa marah tu reda.

Saya bukan apa, ramai sangat emak emak yang terpukul anak dengan pukulan yang keras sebab hilang kawalan diri. Bila anak dah tidur baru la tersedar dan akhirnya menangis semahunya memikirkan diri yang hilang kawalan emosi pada anak sendiri!

http://www.scarymommy.com/

Anak ni rapuh. Pukulan, ugutan dan ancaman hanya menyebabkan anak jadi makin ganas kerana otaknya merasa diancam dan sifat ganas tu akan keluar sebagai salah satu bentuk pertahanan diri ( defense mechanisms ) dirinya!

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×