Famili

Senarai Tempat Menarik di Langkawi. Ada 12 Tempat Mesti Pergi!

375
SHARES
tempat menarik di langkawi

Sebut saja nama Langkawi, saya pasti ramai yang pernah pergi kan? Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, di mana ramai anda boleh dapatkan coklat, minyak wangi dan juga kereta pada harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran. Ini senarai tempat menarik di Langkawi yang boleh anda jadikan checklist.

Dengan adanya checklist ini, bolehlah anda merancang perjalanan dan kemudahan pengangkutan seperti lapangan terbang dan feri, ia memudahkan perjalanan anda ke Pulau Langkawi tersebut.

Senarai Tempat Menarik Di Langkawi. Ada 12 Tempat Mesti Pergi!

Berikut adalah senarai tempat menarik di Langkawi. Pastikan anda mengunjunginya sewaktu lawatan atau percutian anda yang akan datang.

Dataran Lang

Pertama sekali bila anda sampai ke Langkawi, samada melalui feri ataupun kapal terbang; pasti anda boleh nampak ukiran burung helang setinggi 12-meter ini. Dataran Lang menjadi simbol kemegahan Pulau Langkawi dan di sini juga terdapat air pancut dan pemandangan Jeti Kuah yang memukau terutamanya pada waktu malam.

tempat menarik di langkawi

Foto Kredit: langkawi-info.com

2. Kereta Kabel

Tidak sah anda melawat Pulau Langkawi tanpa menaiki kereta kabel di sini. Ia akan membawa anda dari darat ke puncak Gunung Mat Cincang yang setinggi 708 meter yang mengambil masa 15 minit. Alami kesejukan di atas puncak gunung serta pemandangan serba hijau sambil mengambil gambar di balai cerap.

tempat menarik di langkawi

Foto kredit: skyscrapercity.com

3. Sky Bridge

Di penghujung kereta kabel tersebut, terdapat pula jambatan sepanjang 410 kaki yang sudah semestinya memerlukan keberanian dan stamina untuk mengharunginya. Bukan untuk semua orang, tetapi amat berbaloi untuk laluinya sekali seumur hidup.

tempat menarik di langkawi

Foto Kredit: globalcities.com

4. Underwater World

Jika anda peminat kehidupan dasar laut, anda pasti teruja dengan Underwater World Langkawi. Terdapat lebih daripada 500 spesis hidupan laut yang ada di sini termasuk ikan jerung, ikan pari dan sebagainya.

tempat menarik di langkawi

Foto Kredit: langkawitours.net

5. Air Terjun Telaga Tujuh

Bagi penggemar alam semulajadi, pastikan anda melawat Air Terjun Telaga Tujuh yang merupakan tempat yang terbaik untuk berkelah di Langkawi. Ia merupakan tujuh kolam yang bersambung tetapi terpisah oleh air terjun.

tempat menarik di langkawi

Foto Kredit: javatraveller.co.id

6. Air Hangat

Bagi mereka yang ingin berendam di dalam kolam air panas sambil bersantai, boleh lakukannya di sini. Ia dikatakan boleh mengubat berbagai penyakit.

Foto Kredit: mrjocko.wordpress.com

Foto Kredit: mrjocko.wordpress.com

7. Ladang Buah Naga

Pulau Langkawi turut terkenal dengan buah naga yang tumbuh semulajadi di ladang sebesar 3-hektar, tidak jauh dari Pekan Kuah.

Walaupun ia tidak begitu popular, ia patut juga termasuk dalam senarai tempat menarik di Langkawi kerana keunikannya.

tempat menarik di langkawi

Foto Kredit: parade.com

8. Makam Mahsuri

Siapa yang tak ingat akan Lagenda Mahsuri dan sumpahannya? Di sinilah terletaknya tempat bersemadi Mahsuri yang kebersihannya dijaga rapi sehingga ke hari ini.

9. Bird Paradise

Penggemar burung pula anda boleh ke sini bagi melihat lebih daripada 2,500 jenis burung yang tidak henti-henti berkicau menantikan pengunjung.

10. Taman Marin Pulau Payar

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti snorkeling atau menyelam, di sinilah pusatnya.

Bagi mereka yang barangkali tidak erti snorkeling atau menyelam, juga terdapat sebuah observatori untuk anda melihat keindahan dasar laut dan hidupan laut di sini.

Foto Kredit: ranker.com

Foto Kredit: ranker.com

11. Taman Buaya

Pernahkah anda melihat pertarungan tinju di antara manusia dan buaya? Ya di sinilah tempat untuk melihatnya.

Foto Kredit: langkawi-tour.com

Foto Kredit: langkawi-tour.com

12. Island Hopping – Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah

Jika anda masih tidak mempunyai cahaya mata, bolehlah berkunjung ke Pulau Dayang Bunting dan mandi di dalam tasik tersebut. Juga boleh beri makan kepada burung helang melalui salah satu pakej lawatan yang banyak tersedia di sini.

Foto Kredit: langkawiguides.com

Foto Kredit: langkawiguides.com

 

Bonus Acara Tahunan

Selain senarai tempat menarik di Langkawi seperti di atas, beberapa acara tahunan boleh anda kunjungi jika kena pada masanya.

1. LIMA – Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition

Acara tahunan ini merupakan acara yang dinanti-nantikan bagi mereka yang terlibat di dalam industry pertahanan. Para hadirin yang datang dari seluruh pelusuk negara mempamerkan teknologi ketenteraan mereka yang terkini. Bagi pelancong macam kita pula, boleh lah tengok pertunjukan udara yang menampilkan jet-jet canggih dan pertunjukan maritim seperti dapat masuk ke dalam badan kapal-kapal ternama dunia.

2. Le Tour De Langkawi

Acara basikal tahunan ini sebenarnya bukan saja melibatkan Langkawi, tetapi keseluruhan Semenanjung Malaysia. Walaupun mungkin hanya dapat menatap muka abang-abang basikal untuk beberapa saat saja, namun ia amat berharga. Maklumlah kayuhan mereka yang amat laju, pastinya dengan sekelip mata sahaja mereka akan melintasi anda.

Foto Kredit: ltdl.com.my

Foto Kredit: ltdl.com.my

Jom Rancang Percutian Sekarang!

Apa kata musim cuti sekolah ini, anda penuhi dengan berkunjung ke dalam negara dan lawati senarai tempat menarik di Langkawi seperti di atas ini.

Pasti anda seisi keluarga akan bergembira dengan aktiviti yang boleh dijalankan di Langkawi, selain dari membeli-belah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×