40 Minggu

Senarai Kelas Antenatal 2015 Untuk Ibu Hamil. Ajak Suami Sekali!

663
reads
Senarai Kelas Antenatal di Hospital di Malaysia (2014)

 Kelas Antenatal 2015

Mengandung pertama kali? Tentu sekali anda akan tercari-cari kelas antenatal yang boleh mengajar banyak tips dan teknik bersalin. Kami senaraikan mengikut lokasi negeri-negeri di Malaysia.

 

(KLANG VALLEY / LEMBAH KELANG)

Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya

1. Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)

darul-ehsan-medical-centre-demc-logo

Kelas Antenatal DEMC akan memberikan peserta maklumat yang menarik tentang kehamilan, proses bersalin langkah demi langkah, penjagaan selepas kelahiran, beberapa teknik bernafas baru yang penting semasa bersalin dan senaman antenatal yang sesuai.

Dijalankan oleh pakar DEMC, mereka juga membenarkan peserta untuk membincangkan apa-apa keraguan yang anda mungkin ada dan memberikan beberapa tips mengenai bagaimana kedua-dua ibu bapa boleh menangani semasa proses bersalin dan situasi apabila anak lahir.

Selain daripada perbincangan, kami juga akan mempunyai permainan ceria & interaktif yang akan memberi peserta pelbagai hadiah dan ada juga hadiah misteri. Tidak ketinggalan makanan yang lazat dan berkhasiat akan dihidangkan terutamanya untuk peserta yang sememangnya hamil.

Jadual Kelas Antenatal DEMC

26th January 2014
23rd February 2014
23rd March 2014
4th May 2014
25th May 2014
22nd June 2014
24th August 2014
28th September 2014
19th October 2014
16th November 2014
30th November 2014
21st December 2014

Yuran Kelas Antenatal

RM150 untuk suami dan isteri termasuk 4 kali makan

Itinerary atau Pengisian Kelas Antenatal DEMC

itinerary-kelas-antenatal-class-demc

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Pemasaran dan Perhubungan Awam:

013 – 6752809 / 03 – 55151882 ( Raihan ) – waktu pejabat sahaja

Untuk mengetahui pengisian kelas tersebut, boleh ke laman web DEMC di sini.

 

2. Tropicana Medical Centre

tropicana-medical-centre-antenatal-class-2014

 

(JOHOR)

————————————————————————————

1. KPJ Johor

kelas-antenatal-kpj-johor

Jadual Kelas Antenatal KPJ Johor

Sabtu ketiga pada setiap bulan

Masa: 2.00 pm to 6.00 pm

Tarikh :
25 Januari 2014
15 Februari 2014
15 Mac 2014
19 April 2014
17 Mei 2014
21 Jun 2014
19 Julai 2014
16 Ogos
20 September
18 Oktober
15 November
20 Disember

Lokasi

Dewan Anugerah, Aras 4, Outpatient Building KPJ Johor

Yuran

RM32.00 untuk suami isteri
Objektif Kursus Antenatal KPJ:

  • Untuk membolehkan ibu dan suami menyedari perubahan isterinya / anaknya semasa mengandung.
  • Untuk mengetahui proses pembasaran bayi mereka di dalam kandungan
  • Untuk memahami keperluan pemakanan ibu dan bayi
  • Untuk membolehkan ibu menjaga dirinya atau suami menjaga isterinya semasa mengandung dan tempoh selepas bersalin.
  • Menyediakan ibu untuk menghadapai saat-saat getir bersalin
  • Mendidik ibu bapa mengenai kepentingan susu ibu dan penjagaan bayi yang baru lahir

Antara topik yang dibincangkan ialah:

  • Pemakanan yang diperlukan semasa mengandung.
  • Senaman nntenatal.
  • Persediaan untuk bersalin
  • Jenis bersalin
  • Melegakan kesakitan ketika bersalin
  • Penjagaan bayi yang baru lahir
  • Manfaat penyusuan dan teknik yang betul
  • Imunisasi semasa bayi
  • Demonstrasi mandikan bayi
  • Jalan-jalan ke Maternity Ward dan Bilik Bersalin

Entri ini kami akan kemas kini dari semasa ke semasa. Sila lawat kembali untuk info-info terbaru.

Maklumat tambahan, jika selepas selamat bersalin, boleh dapatkan senarai tukang urut selepas bersalin yang kami tulis sebelum ini di sini.

Yang Popular

To Top