Memandangkan Jepun bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020 pada bulan Julai ini, mereka telah memperkenalkan kemudahan ‘Mobile Mosque’ supaya penyokong-penyokong beragama Islam boleh tunaikan solat dengan selesa.
SEMPENA SUKAN OLIMPIK 2020
Trak besar berwarna putih dan biru akan ditempatkan di luar stadium supaya penyokong Muslim boleh menunaikan solat diinovasi daripada Fukuoka Masjid Al Nour Islamic Center sempena Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di negara itu.
LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN BERWUDHU’, PENENTU ARAH KIBLAT & PENGHAWA DINGIN
Pada mulanya ia hanyalah sebuah trak 25 tan. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya boleh dibesarkan lagi untuk memuatkan lebih ramai jemaah seramai 50 orang jemaah. Trak ini juga dilengkapi juga dengan paip air untuk wudhu’, penentu arah kiblat dan ruang solat yang dilengkapi dengan penghawa dingin.
MAMPU BERGERAK KE BANYAK LOKASI
Berkeluasan sebesar 48 meter persegi, CEO projek Yasu ini, Yasaharu Inoue berkata, masjid di sana berkemungkinan tidak mampu memuatkan semua penyokong yang datang jadi, beliau menyediakan kemudahan ini untuk memudahkan mereka yang ingin menunaikan solat. Masjid bergerak ini juga mampu dibawa ke setiap lokasi yang digunakan untuk Sukan Olimpik 2020.
Kira-kira lebih 200 000 orang beragama Islam yang tinggal di Jepun. Mereka berharap dengan adanya masjid bergerak ini dapat membuka minda seluruh dunia. Inoue mendapat inspirasi untuk masjid bergerak ini ketika berada di Qatar sejak 4 tahun lepas.
Sumber: Says , Stuff , Mohd Sallehin Yusof