Rakyat

Status Kelulusan Rayuan BPR Boleh Disemak Mulai Hari Ini

138
SHARES
RAYUAN BPR

Seperti yang ditunggu-tunggu, keputusan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR 2021 kini boleh disemak secara online.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September ini bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

“Permohonan rayuan ini telah dinilai semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.

“Semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai 18 September di Portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR itu, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR menyertai Program Jaringan Prihatin.

“Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September depan.

RAYUAN BPR SEMAKAN

Tahukah anda apakah Bantuan Prihatin Rakyat dan adakah anda layak menerima bantuan ini?

Baca juga: Sakit Gigi Bongsu: Cara Penjagaan, Kos Cabut Gigi & Rawatan / Pembedahan

APAKAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR 2021)

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020, kerajaan mengumumkan bahawa bantuan tunai secara bersasar akan diteruskan melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Menurut Belanjawan 2021, berikut adalah kadar bantuan dan syarat kelayakan bagi BPR 2021.

bpr 2021

1. Kategori Isi Rumah: Pendapatan Bawah RM2500
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diperuntukkan sebanyak RM 1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dengan satu orang anak.

Bagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih, kadar bantuan BPR 2021 ialah sebanyak RM1,800.

2. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bayaran BPR yang akan diterima bagi isi rumah berpendapatan RM 2,501- RM 4,000 dengan satu anak ialah RM 800.

Manakala kadar bantuan RM 1,200 diberikan untuk isi rumah dengan dua anak atau lebih.

3. Kategori Isi Rumah: Pendapatan RM 2501-RM4,000
Kadar bantuan berjumlah RM 500 diperuntukkan bagi isi rumah berpendapatan RM 4,001- RM 5,000 dengan satu anak.

Manakala jumlah bayaran berjumlah RM 750 diperuntukkan bagi kategori isi rumah dengan dua anak atau lebih.

4. Kategori Bujang: Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
Akhir sekali, kategori BPR bujang akan menerima RM 350 bagi yang layak, iaitu mereka yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah.

Selain itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

CARA SEMAKAN STATUS BPR 2021

Untuk PERMOHONAN BARU BPR 2021, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi BPR 2021 di https://bpr.hasil.gov.my 
  2. Klik butang LOG MASUK
  3. Isikan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang SEMAK STATUS
  5. Status anda akan dipaparkan

MAKLUMAT LANJUT

  • Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • E-mel: [email protected]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×