Makluman bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak bagi kemasukan Tahun 1 di Sekolah KPM Tahun 2021, anda boleh membuat semakan penempatan berdasarkan tarikh dan maklumat berikut.
Cara semakan adalah seperti langkah dibawah:
SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 BAGI KEMASUKAN SESI 2022
Penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bagi Sesi Kemasukan 2022/2023 akan dibuka mulai 1 Ogos 2021 kepada semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka mulai pada 1 November 2020.
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan penempatan Tahun 1 bagi sesi 2022/2023:
- Sila layari laman sesawang https://public.moe.gov.my
- Sila log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Buat semakan di menu Permohonan
- Sila buat Perakuan Penempatan mengikut langkah di bawah.
Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
PERAKUAN PENEMPATAN TAHUN 1 / 2022
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
PERMOHONAN RAYUAN
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan tiada proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan di halaman INI.
Baca juga: i-Citra KWSP: Cara Permohonan & Semakan Status Kelulusan