Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) yang membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 bermula 21 Disember lalu, anda boleh membuat semakan status i-Sinar bermula Isnin ini, 4 Januari 2021 (jam 12.00 malam).
Cara Semakan i-Sinar Kategori 1
Terdapat 2 cara untuk anda membuat semakan isinar Kategori 1, iaitu sama ada melalui Portal i-Sinar atau Aplikasi i-Akaun KWSP.
i) Cara semakan i-Sinar melalui Portal i-Sinar adalah seperti berikut:
- Layari portal isinar.kwsp.gov.my
- Login dan masukkan maklumat ID seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Klik butang SEMAK STATUS (rujuk gambar di bawah)
- Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau sebaliknya.
ii) Cara semakan iSinar melalui i-Akaun KWSP adalah seperti langkah di bawah:
- Buka aplikasi i-Akaun KWSP
- Login dengan ID dan password yang telah didaftarkan
- Semak status di bahagian PENGELUARAN atau INBOX
- Status permohonan / kelulusan i-Sinar anda akan dipaparkan.
Tarikh Bayaran i-Sinar Kategori 1
Jika permohonan anda berjaya, pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan ke akaun bank bermula 11 Januari 2021.
Cara pembayaran i-Sinar Kategori 1 mengikut laman web KWSP adalah seperti berikut:
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000 (bagi baki simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah) dan maksimum RM10,000 (bagi baki simpanan Akaun 1 melebihi RM100,000)
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Jika status semakan i-Sinar anda tidak berjaya, sama-sama kita tunggu pengumuman jika KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan atau mungkin ahli boleh membuat permohonan Kategori 2 yang akan dibuka pada 11 Januari ini.
*Permohonan i-Sinar Kategori 2
Untuk makluman, ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020 layak untuk membuat permohonan i-Sinar Kategori 2.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi pihak KWSP di Talian Hotline i-Sinar 03-8922 4848 bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
Ahli juga boleh melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan info lanjut.