Rakyat

Cara Mohon i-Sinar Tanpa Syarat (Permohonan Baru & Semakan Status)

1.1K
SHARES

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan baru i-Sinar dan pindaan maklumat permohonan boleh dibuag mulai 8 Mac 2021.

Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa proses kelulusan dan bayaran sedang dibuat secara berperingkat.

Ahli boleh menyemak status dari semasa ke semasa mulai tarikh tersebut bagi pemohon yang berkenaan.

Cara Semakan Status Bayaran i-Sinar

Terdapat 2 cara untuk anda membuat semakan status bayaran iSinar, iaitu sama ada melalui Portal i-Sinar atau Aplikasi i-Akaun KWSP.

i) Cara semakan i-Sinar melalui Portal i-Sinar adalah seperti berikut:

  1. Layari portal isinar.kwsp.gov.my
  2. Login dan masukkan maklumat ID seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  3. Klik butang SEMAK STATUS (rujuk gambar di bawah)
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau sebaliknya.

ii) Cara semakan iSinar melalui i-Akaun KWSP adalah seperti langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi i-Akaun KWSP
  2. Login dengan ID dan password yang telah didaftarkan
  3. Semak status di bahagian PENGELUARAN atau INBOX
  4. Status permohonan / kelulusan i-Sinar anda akan dipaparkan.

Jika permohonan telah diluluskan, maklumat pembayaran akan dikemaskini mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Bayaran i-Sinar Tanpa Syarat

Cara pembayaran i-Sinar Tanpa Syarat mengikut laman web KWSP adalah melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Sila rujuk tarikh bayaran seperti berikut:

Selain membuat permohonan baru, ahli juga boleh membuat pindaan maklumat berkaitan kaedah pembayaran, amaun pengeluaran, alamat dan sebagainya.

Sila klik butang ‘Pindaan Pengeluaran’ bagi mengubah jumlah pengeluaran bagi yang tersilap ‘tarik’ sebelum ini.

Permohonan baru isinar tanpa syarat

NOTA: Pindaan hanya dibenarkan 1 KALI saja. Pastikan semak betul-betul sebelum hantar ok!

Sila rujuk artikel ini untuk maklumat lebih lanjut tentang Cara Tukar Amaun i-Sinar Mulai 8 Mac 2021.

i sinar hotline

Maklumat Lanjut

Sila hubungi pihak KWSP di Talian Hotline i-Sinar 03-8922 4848 bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

Ahli juga boleh melayari https://www.kwsp.gov.my/ dan berhubung melalui Elya LIVE Chat untuk mendapatkan info lanjut.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×