Sihat

Selepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur, Pakar Kongsi Sebab

16
SHARES

Masalah haid tidak teratur antara masalah utama yang sering dialami oleh para wanita dan sering dikaitkan dengan mereka yang baru menjalani bahtera perkahwinan. Hal ini amat merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap kesuburan dan kesihatan para wanita. Pelbagai faktor dapat mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Antaranya umur, kehamilan dan berat badan.

Berbicara mengenai berat badan, Dr Anna Liza, pakar obstrerik dan ginekologi mengulas lebih lanjut mengenai berat badan dan kitaran haid tidak teratur. Ikuti perkongsian di bawah untuk informasi lanjut.

Baca juga: Rupanya Ini Tanda & Punca Sakit Gastrik Angin, Bahaya Kalau Tak Pantang!

TAK JAGA MAKAN & BERAT BADAN PUNCA KITARAN HAID TAK TERATUR

“Doktor, sebelum kahwin haid saya elok teratur. Selepas dah kahwin, jadi tak teratur.”

Saya tidak tahu berapa kali saya sudah mendengar ungkapan ini. Kerap sangat sehingga tidak terkira! Saya juga kurang faham maksud ayat ini. Adakah wanita itu hanya mengatakan apa yang dia perhati (observation)? Atau adakah wanita tersebut mempercayai bahawa dengan berkahwin (iaitu melakukan hubungan kelamin dengan suami) boleh menyebabkan haid bermasalah? Maknanya, mungkinkah dia mengalami penyakit akibat daripada penyakit kelamin?

Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan saya seterusnya kepada wanita itu ialah ‘Berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’ Biasanya, jawapannya ialah ‘Berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’

Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.
Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin!

LEPAS KAHWIN TAK JAGA BERAT BADAN

Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!

Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).

Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.

Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon. Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.

Sumber: Facebook Dr Anna Liza Roslani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×