Famili

Selepas 14 Jam Anak Meninggal, Ibu Pula Menyusul…

82
SHARES

Tragedi hari raya apabila seorang peniaga pakaian, Asmah Zakaria, 45, meninggal dunia hari ini setelah lebih 16 jam terlibat dalam kemalangan di KM 85, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Alor Serdang, Setiu semalam.

Kemalangan yang berlaku pada jam 6.30 pagi itu turut mengorbankan anak bongsunya, Muhammad Aidil Fitri Osman, 5, pada dua jam kemudian di Hospital Setiu.

Baca juga: Berdosa Sebenarnya Meminta-Minta Duit Raya….

SELEPAS 14 JAM ANAK MENINGGAL, IBU PULA MENYUSUL

Memetik laporan Kosmo, Asmah menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

“Suami arwah dan lima anaknya masih dirawat di wad hospital sama termasuk anak kelimanya (Muhammad Rafifuddin,12) yang dilaporkan masih kritikal.

“Kesemua mereka telah dipindahkan dari Hospital Setiu ke HSNZ malam tadi,” jelasnya.

Adik kepada Asmah, Nurul Husna berkata, jenazah Muhammad Aidil Fitri telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh, Kuala Nerus selepas solat Isyak semalam.

“Sebelum kejadian, kakak (Asmah) memaklumkan mahu bergerak pulang ke kampung pada pagi raya kedua (semalam). Tak sangka mereka bergerak awal pada malam raya pertama.

“Dia yang menetap di Kangar, Perlis sempat mengirim baju raya kepada emak (Fatimah Yusof) dan kami adik-beradik pada bulan Ramadan lalu,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×