Famili

Selangor Fruit Valley Tawar Tiket Pembukaan Rasmi ‘Buy 3 Free 1’ Rabu Ini!

3.4K
SHARES

“Dah boleh rentas daerah dan bercuti dalam negeri sendiri, nak pergi mana eh?”

Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah membuat perangan untuk membawa anak-anak menikmati angin luar setelah sekian lama berada di rumah. Salah satu lokasi tarikan terbaharu yang anda boleh pergi bagi anda yang berada di Lembah Klang adalah, Selangor Fruit Valley di Rawang, Selangor.

Selangor Fruits Valley (SFV) menawarkan satu tiket percuma bagi setiap tiga pembelian pas masuk sempena pembukaan semula secara rasmi Rabu ini.

Baca juga: Cara Tanam Ros Jepun Supaya Rimbun & Lebat Bunga

SELANGOR FRUIT VALLEY TAWAR SATU TIKET PERCUMA PEMBUKAAN RASMI

Pengurus pemasarannya berkata harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas, manakala bagi warga asing tiket dewasa berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Apa yang menarik adalah melalui pembelian ini pengunjung akan menaiki trem mengelilingi kawasan seluas hampir 1,000 hektar yang bukan sahaja kawasan tanaman buah-buahan malah terdapat juga taman rusa dan arnab.

“Selain itu kita juga mempunyai rumah kampung yang kawasan sekitarnya terdapat reban ayam dan ini adalah peluang terbaik untuk anak-anak merasai suasana di kampung,” kata Nor Rashidah Mohamed Raihan.

Selangor Fruit Valley juga akan memberikan potongan buah keluaran ladang itu secara percuma kepada pengunjung selain turut menawarkan harga menarik dan kupon pembelian buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Walaupun pembukaan secara rasmi adalah Rabu ini, kita menerima pengunjung seawal Selasa ini”

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 016-6880792 serta emel ke [email protected] atau [email protected].

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur. Tambah menarik terdapat lebih 3,000 sarang kelulut di ladang itu menjadikan SFV sebagai pengeluar madu kelulut terbesar di Semenanjung Malaysia. Jom!

Sumber: SelangorKini, Selangor Fruit Valley

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×