Famili

Selalu Aminkan Doa ‘Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin’, Azmi Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

2.8K
SHARES

Perasaan teruja mahu menimang cahaya mata pertama pasti tidak dapat disangkal kerana ia akan menjadi kenangan manis dalam kehidupan setelah 10 tahun menjalani bahtera perkahwinan.

Begitulah yang dirasakan penyanyi, Azmi Caliph Busker apabila isteri tercinta bakal melahirkan zuriat mereka pada  27 September ini.

Baca juga: Ibu Usia 70 Tahun Berjaya Lahirkan Bayi Pertama Guna Rawatan IVF

SELALU AMINKAN DOA ISTERI NAK RASA SAKIT BERSALIN

Meninjau ke Instagram pemilik nama Khairul Azmi Mohd Saat, dia menceritakan sepanjang 10 tahun berkahwin, isterinya akan berdoa untuk diberi peluang merasai sakit bersalin.

Dia juga memaklumkan isterinya bakal melahirkan bayi sulung mereka pada hujung bulan ini melalui pembedahan seperti yang disarankan oleh doktor.

Antara doa isteri saya yang selalu saya aminkan adalah, “Moga satu hari saya juga berpeluang merasa macam mana rasanya melahirkan.”

Awalnya isteri memilih bersalin normal. Namun, Doktor Dahlia lebih menyarankan untuk isteri bersalin secara pembedahan bagi mengurangkan risiko pada keselamatan baby memandangkan kami sudah lebih 10 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Saya serahkan keputusan sepenuhnya pada isteri dan akhirnya isteri memilih untuk mengikut saranan doktor.

HADIAH HARI LAHIR YANG PALING BERMAKNA

Tambah Azmi lagi, dia memilih tarikh tersebut kerana ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran dirinya dan itu merupakan hadiah hari jadi paling bermakna yang bakal diterima.

Jika diizinkan tuhan, tahun ini saya akan dapat hadiah hari ulang tahun kelahiran yang paling besar sepanjang hidup saya. Doktor beri kami ruang untuk memilih tarikh bersalin. Sepantas kilat saya pilih 27 September sebab itu tarikh birthday sya. Hehehe.

Azmi juga berdoa agar segala urusan dipermudahkan dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan buat kedua-dua mereka.

Dah tak lama dah. 2 minggu sahaja lagi. Setakat ini urusan kami semuanya dipermudahkan. Langsung tak ada masalah dari kesihatan isteri dan Afnan.

Saya yakin ini adalah kerana doa orang-orang yang sayangkan kami. Terima kasih. Moga Allah berikan kebaikan pada mereka dan kalian semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.

Sumber: Instagram Azmi Saat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×