Sihat

Selain Buah Kurma, Buah Tembikai Juga Elok Dimakan Ketika Bulan Ramadan

3
SHARES

Buah tembikai merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.  Sebenarnya, ada banyak kebaikan buah tembikai yang mungkin anda tidak tahu dan ia sebenarnya antara buah yang bagus untuk dimakan ketika berbuka puasa.

Mengikut kajian sains, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.

Baca juga: 9 Makanan Penting Anda Boleh Makan Untuk Elak Diserang Gastrik Ketika Puasa

SELAIN BUAH KURMA, BUAH TEMBIKAI JUGA ELOK DIMAKAN KETIKA RAMADAN

Ramai dalam kalangan kita yang berpuasa pada bulan Ramadan mengambil tembikai ketika berbuka puasa. Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.

Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.

  • Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
  • Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
  • Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g

Semasa menjalani ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari.

MAKAN MAKANAN ‘REAL FOOD’ KETIKA BERBUKA PUASA

Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.

Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh.

Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.

Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene.

Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.

Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×