Famili

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Cadang Sekolah Dibuka 2022

317
SHARES

Umum mengetahui bahawa sesi persekolahan pada tahun 2021 telah ditangguh beberapa kali dan disambung dengan pembelajaran di rumah atau PDPR. Namun, baru-baru ini Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka secara berperingkat bermula 3 Oktober ini.

Pengumuman ini mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan ibu bapa kerana kes jangkitan Covid-19 masih tinggi dan risau penularan akan berlaku di kawasan sekolah.

Baca juga: 15 Cara Mudah Untuk Mak Ayah Didik Anak Inspirasi Dari Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

CADANG SEKOLAH BUKA TAHUN 2022

Ini turut mendapat perhatian Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang bukan sahaja dikenali sebagai angkasawan negara malah beliau merupakan figura yang disegani dalam hal yang menyentuh isu ‘parenting’. Dalam perkongsian beliau di laman Instagram, beliau mencadangkan bahawa sesi persekolahan patut dibuka sahaja pada tahun 2022. Beliau turut menyuarakan pendapat dan ingin mendengar pendapat ibu bapa di luar sana mengenai sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober..

Menteri kata Sekolah akan dibuka bulan Oktober ni. Kes masih 20K setiap hari. Tak nampak berkurangan dalam masa terdekat Hanya guru yang telah divaksin boleh bersemuka dengan pelajar . Namun itu tak bermakna sebab sesiapa saja boleh dijangkiti walaupun telah divaksin .

Patutkah Ibubapa risau ? Hujung tahun tinggal beberapa bulan sahaja lagi ..Lebih baik buka sekolah tahun 2022. Dengan harapan kes menurun, perbaiki kaedah PDPR. Anak anak imuniti rendah, jangkitan Covid merebak begitu mudah. Lebih lebih lagi pelajar sekolah. Walaupun mengikut SOP, planning yang cukup pasrah.

TUNGGU KES TURUN, PERBAIKI PDPR

Menjengan ke ruangan komen, ramai dalam kalangan ibu bapa turut menyuarakan pendapat kepada posting Dr. Sheikh Muszaphar. Ramai yang masih risau tentang jangkitan wabak dan menyarankan pihak kementerian untuk memperbaiki kaedah PDPR buat sementara waktu.

Salam Everyone, Love As Always. Would you send your kids to School this October? Do share me your thoughts …

Sumber: Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×