Rakyat

Sekolah Dibuka 1 September, Mak Ayah Setuju Atau Tak?

862
SHARES

Umum mengetahui sejak berlakunya peningkatan kes Covid-19, banyak sektor ekonomi telah ditutup dan ini juga termasuklah sekolah. Hal ini kerana risiko jangkitan berlaku di kawasan sekolah adalah tinggi kerana tahap kepatuhan SOP dalam kalangan kanak-kanak adalah kurang meyakinkan.

Bukan itu sahaja, negara kita telah melalui beberapa fasa dimana sekejap sekolah dibuka dan kemudian disambung pula dengan pembelajaran secara di rumah iaitu PDPR. Memandangkan Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka mulai 1 September nanti, ramai mak ayah yang sudah gusar kerana kes Covid-19 masih tinggi!

SETUJU KE SEKOLAH DIBUKA 1 SEPTEMBER NANTI?

Dr. Maszlee Malik yang merupakan bekas Menteri Pendidikan turut kongsikan pandangan di laman Facebook beliau mengenai isu pembukaan sekolah yang dijangka pada 1 September nanti. Beliau turut mengatakan bahawa ini akan mendedahkan anak-anak dan orang ramai kepada risiko jangkitan yang semakin meningkat. Bukan itu sahaja, peratusan murid-murid yang sudah divaksinasi juga adalah rendah.

“Kerajaan melalui KPM belum mengumumkan perkembangan terkini sama ada sekolah akan tetap dibuka seperti Kenyataan Media KPM yang lalu atau sekolah akan terus ditutup. Kelewatan KPM mengumumkan sebarang langkah yang diambil bukan sahaja menyusahkan pihak murid dan guru, malah ibubapa juga terkesan.” – Dr. Maszlee

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan semua ibu bapa sedang runsing dengan keputusan pembukaan sekolah September nanti. Hal ini kerana, anak-anak dan ibu bapa sudah melalui beberapa fasa dimana tiada keputusan konsisten dari pohak berkuasa. Mana tidaknya, sekejap belajar secara PDPR, sekejap masuk sekolah. Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa ada menyenaraikan beberapa panduan yang boleh dijadikan sumber idea jika masih tetap mahu sekolah dibuka seperti biasa.

PERSATUAN GURU MOHON KAJI SEMULA PEMBUKAAN SEKOLAH

Semalam, menurut laporan Awani, Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempertimbangkan untuk mengkaji semula tarikh pembukaan sekolah secara bersemuka pada 1 September ini.

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan berkata, ia susulan kes COVID-19 yang melepasi angka 20,000 pada masa ini.

Sumber: Dr. Maszlee Malik, Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×