Asuh

‘Sekelip Mata Anak Dah Masuk Dalam Baldi Air Tandas, Lembik…’

134
SHARES

Mesti ramai yang tadah air dalam besen, baldi, ataupun kolah di bilik air kan? Walaupun baldi kecil, ia tetap bahaya dan berisiko jika ada anak kecil di rumah. Menurut Persatuan Paediatrik Malaysia, kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran 1 inci atau kurang daripada 2.5 cm! Malang tak berbau, maka sebab itulah kita tak boleh pandang remeh walaupun ia dianggap perkara biasa di rumah.

Begitu juga dengan detik cemas yang dikongsikan oleh ibu ini di mana dalam sekelip mata sahaja, anak yang ditinggalkan dalam tandas beberapa saat sahaja sudah hampir lemas dalam baldi air! Anak yang berusia setahun tersebut juga memerlukan bantuan CPR dengan pantas bagi mengeluarkan air yang mungkin sudah ditelan.

SEKELIP MATA ANAK DAH DALAM BALDI AIR TANDAS!

Peristiwa hitam dalam hidup aku..

Aku nak korg semua alert tentang air, bilik air, tolong sangat-sangat sebelum jadi macam kes aku..aku leka aku cuai…maafkan mami anak-anak…

11 June 2021 -Jumaat

Aku mcm biasa petang-petang bawak anak jalan-jalan bawah main dengan anak jiran. then dah pukul 7 aku naik dan aku nak mandikan dorg. Pintu toilet terbuka selalunya aku masuk sekali..tapi nak jadikan cerita aku nak tutup pintu rumah, then suami aku balik, dia cakap anak-anak mana then aku cakap dalam toilet. Sekelip mata seminit pon tak smpai anak aku dah tertonggeng dalam baldi ada air…anak aku adinda setahun sebulan.

Aku jerit panggil suami aku, dia pon menjerit! Sambil aku panggil aku terus angkat anak aku. ANAK AKU DAH LEMBIK WEY! Laki aku goncang-goncang dia bagi sedar.. aku memang panik tapi aku terus buat cpr kat anak aku tekan dada dia guna dua jari lepas cpr.. (*KORG MAK AYAH KENA TAHU APA PATUT BUAT TIME TU..AMIK TAHU MACAM MANA NAK CPR MACAM MANA NAK BUAT KALAU ANAK JADI MCM AKU..PENTING SGT..JANGAN TERUS G HOSPITAL, PASTIKAN DIA MUNTAH KELUAR AIR DARI BADAN DIA TU..AKU SEBAB ALLAH DETIKKAN AKAL AKU UNTUK BUAT TU..ALLAHUAKBAR*)

CPR SEHINGGA ANAK MUNTAH AIR

Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu…weyh dia dah nafasssss!!!!! Aku tetap buat benda sama dan tepuk-tepuk belakang dia. Lepas tu terus pergi hospital…asalkan dia dah bernafas…tapi kalau kitorg tak buat cpr dan terus pergi je hospital, mungkin ank aku dah takde. Tapi Alhamdulillah…Allah panjangkan umurnya…AKU BERSYUKUR YA ALLAH…AMANAH INI DIBERIKAN PELUANG KEDUA…

12 JUNE 2021 – Sabtu

Buat swab test sebab kena masuk wad.. huhu kul 12 tengah malam buat swab ..yang powernya Dinda mungkin dia lemah kan buat swab tu dia tak bunyi pon gosok-gosok hidung je weyh..aku risau dia melalak..sebab sakit jugak weyh..

So dapat result kul 2.30 pagi..aku cangkung je weyh sebelah dia dari 7.45 malam sampai hospital tu..badan aku sakit giler sebab benda mengejut. 3.00 pagi masuk wad, Alhamdulillah..lega aku…selesa dah dinda nak rehat..

Sampai sekarang aku trauma sangat tengok bilik air. Tutup mata je aku teringat anak aku masa kejadian tu, korg semua please alert dan jangan panik..buat apa yang sepatutnya tau…awasi anak-anak supaya benda buruk ni tak berlaku kat korg. Sekelip mata jeee…Alhamdulillah sekarang anak semakin sihat dan aktif …

13 june 2021- Ahad

Sebelum keluar wad adinda sempat ziarah semua bilik..merayap sambil sengih-sengih…aku pon layankan je…tenghari tu kami berdua keluar wad…sebab doktor dah pantau keadaan dada dan dalaman Adinda Mikayla. Alhamdulillah….

Sumber: Dyla Adnan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×