keselamatan

Kanak-kanak Boleh Lemas Walaupun Pada Paras Air Kurang 2.5 cm Dalam Besen

1.7K
SHARES

Semalam kita dikhabarkan lagi dengan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Bayan Lepas pada Rabu.

Keluarga tersebut difahamkan masih terkejut dengan kejadian ini kerana anak kecil itu sudah lama berada dalam jagaan pengasuh berkenaan.

Kita semua juga patut mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

Kanak-kanak Boleh Lemas Walaupun Paras Air Cetek

Mesti ramai yang tadah air dalam besen, baldi, ataupun kolah di bilik air kan?

Walaupun baldi kecil, ia tetap bahaya dan berisiko jika ada anak kecil di rumah.

Menurut Persatuan Paediatrik Malaysia, kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran 1 inci atau kurang daripada 2.5 cm!

Malang tak berbau, maka sebab itulah kita tak boleh pandang remeh walaupun ia dianggap perkara biasa di rumah.

Tips keselamatan kanak kanak

Tips Keselamatan Di Bilik Air Untuk Ibu Bapa & Penjaga

Berikut adalah beberapa lagi langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan dan dipraktikkan oleh ibu ayah jika ada anak kecil di rumah.

1. Jangan Tinggalkan Ketika Mandi

Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas atas apa sebab dan walau sekejap mana sekalipun.

2. Bahaya Licin

Selain menyebabkan lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air juga boleh terdedah kepada bahaya kecederaan akibat jatuh atau tersungkur / terhantuk.

Lantai yang licin memudahkan kanak-kanak untuk terjatuh, lebih-lebih lagi jika mereka baru belajar merangkak atau berjalan.

 

3. Sentiasa Kosongkan Baldi / Bekas Air

Kosongkan dan telangkupkan baldi atau apa-apa bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas.

Lepas mandikan bayi dalam bath tub, mungkin ada yang lupa dan biarkan air bertakung.

Jadi kena beringat dan lebih berhati-hati tau lepas ni.

4. Elakkan Akses Kepada Baldi / Takungan Air

Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air.

Kanak-kanak yang lebih besar juga mungkin boleh menggunakan tangga atau bangku dan mengambil peluang untuk mandi dalam kolah atau tempat takungan air di rumah atau taska.

5. Sendal Pintu Agar Lebih Selamat

Nak lebih selamat, pastikan pintu bilik air boleh dikunci / disendal dari luar supaya anak-anak kecil tak dapat memasukinya apabila ditolak.

Kadang-kadang mungkin kita tak perasan mereka boleh merangkak atau berjalan mencari kita di bilik air.

Berikut adalah beberapa lagi tips keselamatan di bilik air yang disediakan oleh Persatuan Paediatrik Malaysia dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sentiasa Awasi Anak Kecil

Walau di mana pun kita berada, penting untuk kita sentiasa awasi anak kecil sebab kadang-kadang mereka boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan kita.

Jadi, lepas ni ibu ayah kena lebih alert ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×