Famili

Sekali Dengar Nak Lagi! Lagu Baru Didi & Friends, Omar & Hana Memang ‘Berhantu’ & ‘Ketagih’!

2
SHARES

Untuk anda yang ada anak-anak yang masih kecil, pastinya tidak akan terlepas dengan desakan anak yang minta nak tengok kartun kan? Antara kartun yang menjadi kegemaran mereka adalah seperti Spongebob Squarepants, Doraemon dan Mr.Bean. Namun, tidak kurang hebat juga kartun animasi yang berasal dari negara kita sendiri.

Didi&Friends dan Omar Hana menjadi satu fenomena apabila menjadi kegilaan setiap kanak-kanak di Malaysia. Setiap hari, 24 jam anak-anak asyik minta dekat ibu bapa nak tengok siri animasi ini. Padat dengan ilmu, interaktif dan comel merupakan tunggak utama dalam siri animasi ini yang dapat ‘menangkap’ perhatian si manja.

LAGU TERBAHARU BUAT ORANG KETAGIH!

Dalam masa 21 jam iaitu tak sampai sehari lagi, lagu terbaharu yang dikeluarkan oleh Didi & Friends yang bertajuk Adoi Doi Zombi sudah mendapat lebih lima ribu perkongsian di laman Facebook! Manakala di lama Youtube pula, tontonan sudahpun mencecah ratusan ribu.

Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun turut menyuarakan pendapat bahawa lagu ini seolah-olah terngiang-ngiang di telinga mereka. Inilah kelainan yang selalu ditonjolkan oleh Didi & Friends dimana lagu-lagu mereka dapat membuat orang ramai terikut-ikut.

OMAR DAN HANA PUN LAGU BARU, SIAP ADA RAP!

Bukan sahaja Didi & Friends, malah Omar Hana, rancangan animasi berkonsepkan informasi dan islamik yang sudah mempunyai lebih dari 5 juta subcribers di YouTube pun turut memuatnaik lagu baharu. Paling menarik sekali adalah mereka juga mempunyai tarsiran dalam pelbagai bahasa supaya dapat mencecah pasaran lebih global.

Lagu terbaharu ini memfokuskan mengenai kisah Saidina Abu Bakar iaitu sahabat Rasulullah s.a.w. Apa yang lebih menarik adalah elemen rap juga turut diselitkan untuk menyesuaikan lagu dan memperbaharui mengikut minat orang zaman sekarang. Lebih dekat di hati! Memang comel!

‘BERHANTU SUNGGUH!’

Sumber: Didi&Friends, Omar Hana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×