Asuh

Sejak Bila Bayi Tembam Dikategorikan Sihat? Awas, Jangan Bangga Anak Tembam….

60
SHARES
bayi tembam

Sudah menjadi lumrah apabila melihat bayi yang gemuk-gemuk dan tembam, kita akan geram dan rasa macam nak peluk bukan? Bukan itu sahaja, ramai juga dalam kalangan kita yang menganggap bahawa bayi tembam ini lebih sihat dari bayi yang kurus kerana dikatakan cukup makan. Awas, jangan bangga bila anak tembam!

Baca juga: Bayi 4 Bulan Disuap Buah Kurma & Pear Sampai Cirit-Birit Lebih 30 Kali & Masuk Hospital!

SEJAK BILA BAYI TEMBAM DIKATEGORIKAN SIHAT?

Sejak bila baby tembam adalah indikator baby tersebut sihat? Ini bukan indikator baby sihat….

– ke’TEMBAM’an baby

– pili labuh

– berlapik lapik

– pakai pampers saiz dewasa

Jangan bangga anak berat tembam makan banyak anak sihat. Tahukah anda Malaysia top 10 negara yang mempunyai anak yang obese, berat badan berlebihan dan separuh dari anak-anak yang obese masa kecik akan kekal obese waktu dewasa.

Saya pernah dapat kes anak 5 tahun dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (5 tahun dan 60kg), bacaan kolesterol tinggi dan obsteuctive sleep apnea (OSA).

**OSA tu terjadi sebab lapisan lemak yang tekan pada saluran pernafasan sampai berdengkur dan boleh menyebabkan anak itu tak bernafas ketika tidur

Bila lihat balik diet anak obese tersebut memang terlalu banyak pengambilan makanan yang bergoreng, boleh dikatakan tiada sayur atau buah langsung dan kurang bermain di luar. Ini la antara punca utama anak anak kecil obese:

– makan makanan bergoreng dengan banyak (yela fav depa)

– tak main di luar (banyak bergantung pada gadget)

– tak makan sayur dan buah

Apa nak dibuat?

1. Sentiasa ada dan offer buah

2. Sayur offer yang bukan berwarna hijau

3. Invest dalam gadget seperti air fryer, oven untuk masakan lagi kurang minyak dan lemak

4. Galakkan anak main dekat luar untuk 1-2jam sehari.

5. Strict…(ni paling penting, banyak terkandas sebab tak tahan tengok anak/cucu/anak jagaan menangis nak nak jugak)

Ingat tembam sikit takpe tembam lebih itu bukan comel. Sekian.

Sumber: Dietitian Fizah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×